Armed Forces Act 1972 s 164
s 164 Enforcement of maintenance and affiliation orders by deduction from pay
(1) Where any civil court in Malaysia has made an order against any person (hereinafter referred to as “the defendant”) for the payment of any periodical or other sum specified in the order for or in respect of—
(a) the maintenance of his wife or child;
(b) any costs incurred in obtaining the order; or
(c) any costs incurred in proceedings of appeal against, or for the variation, revocation or revival of, any such order,
and the defendant is an officer or serviceman of the regular forces, then (whether or not he was a member of those forces when the order was made) the competent authority may order such sum to be deducted from the pay of the defendant and appropriated in or towards satisfaction of the payment due under the order of the court as the competent authority thinks fit.
(2) Where to the knowledge of the civil court making any such order as aforesaid, or an order revoking or reviving any such order, the defendant is an officer or serviceman of the regular forces, the civil court shall send a copy of the order to the competent authority.
(3) The competent authority may vary or revoke any order previously made under this section, and may treat any order made under this section as being in suspense at any time while the person against whom the order was made is absent as mentioned in paragraph 159(1)(a).
(4) In this section—
references to an order made by a civil court in Malaysia include references to an order registered in or confirmed by such a civil court under the provisions of the Maintenance Orders (Facilities for Enforcement) Act 1949 [Act 34];
references to a wife or child include, in relation to an order made in proceedings in connection with the dissolution or annulment of a marriage, references to a person who would have been the wife or child of the defendant if the marriage had subsisted;
references to a child of a person include references to a child of his wife, and to an illegitimate or adopted child of that person or of his wife, and in this paragraph “adopted child” means a child adopted (whether alone or jointly) in accordance with the provisions of any written law relating to the adoption of children for the time being in force in Malaysia or any part thereof and includes a child whose adoption has been registered in accordance with the provisions of any written law relating to the registration of adoptions for the time being in force in Malaysia.
Malay text (authoritative)
Penguatkuasaan perintah nafkah dan perintah menentukan bapa melalui potongan gaji
(1) Jika mana-mana mahkamah awam di Malaysia telah membuat perintah terhadap mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut “defendan”) bagi membayar apa-apa wang berkala atau wang lain yang dinyatakan dalam perintah itu atau berkenaan dengan—
(a) nafkah isteri atau anaknya;
(b) apa-apa kos yang dilakukan untuk mendapatkan perintah itu; atau
(c) apa-apa kos yang dilakukan dalam prosiding rayuan terhadap, atau bagi mengubah, membatalkan atau menghidupkan semula apa-apa perintah itu,
dan defendan itu ialah seorang pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap, maka (sama ada atau tidak dia seorang anggota angkatanangkatan itu pada masa perintah itu dibuat) pihak berkuasa yang layak itu boleh memerintahkan supaya wang itu dipotong daripada gaji
defendan itu dan digunakan bagi atau terhadap menjelaskan bayaran yang kena dibayar di bawah perintah mahkamah awam itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa yang layak itu.
(2) Jika mahkamah awam yang membuat sesuatu perintah seperti yang disebut terdahulu itu, atau sesuatu perintah untuk membatalkan atau menghidupkan semula apa-apa perintah itu mengetahui bahawa defendan itu seorang pegawai atau askar- lasykar angkatan tetap, maka mahkamah awam itu hendaklah menghantar satu salinan perintah itu kepada pihak berkuasa yang layak itu.
(3) Pihak berkuasa yang layak itu boleh mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat sebelumnya di bawah seksyen ini, dan boleh menganggap mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini sebagai digantung pada bila-bila masa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat tidak hadir sebagaimana yang disebut dalam perenggan 159(1)(a).
(4) Dalam seksyen ini—
sebutan mengenai sesuatu perintah yang dibuat oleh mahkamah awam di Malaysia termasuklah sebutan mengenai sesuatu perintah yang didaftarkan dalam atau disahkan oleh mahkamah awam di bawah peruntukan Akta Perintah Nafkah (Kemudahan bagi Penguatkuasaan) 1949 [Akta 34];
sebutan mengenai seseorang isteri atau anak, berhubung dengan sesuatu perintah yang dibuat dalam prosiding berkaitan dengan pembubaran atau pembatalan perkahwinan, termasuklah sebutan mengenai seseorang yang akan terus menjadi isteri atau anak defendan itu jika perkahwinan itu masih wujud;
sebutan mengenai anak bagi seseorang termasuklah sebutan mengenai anak kepada isterinya, dan mengenai anak luar nikah atau anak angkat orang itu atau isterinya, dan dalam perenggan ini “anak angkat” ertinya seseorang anak yang diambil sebagai anak angkat (sama ada secara berseorangan atau bersesama) mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan anak angkat yang berkuat kuasa pada masa ini di
Malaysia atau mana-mana bahagiannya dan termasuklah seseorang anak yang pengambilannya sebagai anak angkat telah didaftarkan mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran pengambilan anak angkat yang berkuat kuasa pada masa ini di Malaysia.
Read this section in the full act → · Open Part VI →
Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).