My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 165

Armed Forces Act 1972 s 165

s 165 Deductions from pay for maintenance of wife or child

(1) Where the competent authority is satisfied that an officer or serviceman is neglecting, without reasonable cause, to maintain his wife or any child of his under the age of seventeen years, the competent authority may order such sums to be deducted from his pay and appropriated towards the maintenance of his wife or child as the competent authority thinks fit. (2) On an application made to the competent authority for an order under the foregoing subsection the competent authority, if satisfied that a prima facie case has been made out for the making of such an order, may make an interim order for such deduction and appropriation as is mentioned in the foregoing subsection to take effect pending the further examination of the case. (3) Where an order under subsection 164(1) is in force for the making of deductions in favour of any person from the pay of an officer or serviceman of the regular forces, no deduction from his pay in favour of the same person shall be ordered under the foregoing provisions of this section unless the officer or serviceman is in a place where process cannot be served on him in connection with proceedings for the variation of the order of the civil court in consequence of which the order under subsection 164(1) was made. (4) The competent authority may vary or revoke any order previously made under this section, and may treat any order made under this section as being in suspense at any time while the person against whom the order was made is absent as mentioned in paragraph 159(1)(a). (5) The power to make an order under this section for the deduction of any sum and its appropriation towards the maintenance of a child shall include powerβ€” (a) subject to subsection (3), to make such an order after the child has reached the age of seventeen years, if an order in favour of the child under subsection 164(1) is in force; (b) to make such an order after the child has attained the age of seventeen years ifβ€” (i) such an order as is mentioned in subsection 164(1) was in force in favour of the child at the time when the child attained that age; (ii) the person from whose pay the deductions are ordered is in such a place as is mentioned in subsection (3); and (iii) the child is for the time being engaged in a course of education or training; or (c) to continue such an order from time to time after the child has attained the age of seventeen years, if the child is for the time being engaged in a course of education or training, but no order so made or continued shall remain in force after the child attains the age of twenty-one years or shall, unless continued under paragraph (c), remain in force for more than two years.

Malay text (authoritative)

Potongan gaji bagi nafkah isteri atau anak

(1) Jika pihak berkuasa yang layak berpuas hati bahawa seseorang pegawai atau askar-lasykar itu abai, tanpa sebab yang munasabah, untuk memberikan nafkah kepada isteri atau mana-mana anaknya yang berumur kurang daripada tujuh belas tahun, pihak berkuasa yang layak boleh memerintahkan supaya sejumlah wang itu dipotong daripada gajinya dan digunakan terhadap nafkah isteri atau anaknya sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa yang layak itu. (2) Apabila suatu permohonan dibuat kepada pihak berkuasa yang layak untuk mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen terdahulu yang disebut, pihak berkuasa yang layak itu, jika berpuas hati bahawa suatu kes prima facie telah dibuktikan bagi membuat sesuatu perintah itu, boleh membuat suatu perintah sementara bagi potongan dan penggunaan yang disebut dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut itu untuk berkuat kuasa sementara menantikan kes itu diperiksa selanjutnya. (3) Jika suatu perintah di bawah subseksyen 164(1) berkuat kuasa bagi membuat potongan untuk mana-mana orang daripada gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap, tiada potongan daripada gajinya untuk orang yang sama boleh diperintahkan di bawah peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini melainkan jika pegawai atau askar-lasykar itu berada di suatu tempat di mana proses tidak boleh disampaikan kepadanya berkenaan dengan prosiding bagi mengubah perintah mahkamah awam yang berbangkit daripadanya perintah di bawah subseksyen 164(1) dibuat. (4) Pihak berkuasa yang layak boleh mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang telah dibuat sebelumnya di bawah seksyen ini, dan boleh menganggap mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini sebagai digantung pada bila-bila masa semasa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat tidak hadir sebagaimana yang disebut dalam perenggan 159(1)(a). (5) Kuasa untuk membuat sesuatu perintah di bawah seksyen ini bagi memotong apa-apa jumlah wang dan menggunakannya untuk pemberian nafkah kepada seorang anak termasuklah kuasaβ€” (a) tertakluk pada subseksyen (3), untuk membuat sesuatu perintah setelah anak itu mencapai umur tujuh belas tahun, jika sesuatu perintah bagi anak itu di bawah subseksyen 164(1) sedang berkuat kuasa; (b) untuk membuat sesuatu perintah setelah anak itu mencapai umur tujuh belas tahun jikaβ€” (i) sesuatu perintah yang disebut dalam subseksyen 164(1) berkuat kuasa bagi anak itu pada masa anak itu mencapai umur itu; (ii) orang yang daripada gajinya potongan itu diperintahkan berada di suatu tempat sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (3); dan (iii) anak itu pada masa itu mengambil bahagian dalam suatu kursus pendidikan atau latihan; atau (c) untuk meneruskan sesuatu perintah itu dari semasa ke semasa setelah anak itu mencapai umur tujuh belas tahun, jika anak itu pada masa itu mengambil bahagian dalam suatu kursus pendidikan atau latihan, tetapi tiada perintah yang dibuat atau diteruskan sedemikian boleh terus berkuat kuasa setelah anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun atau, melainkan jika diteruskan di bawah perenggan (c), boleh terus berkuat kuasa selama lebih daripada dua tahun.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VI β†’

Find Act 77 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next