My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 173

Armed Forces Act 1972 s 173

s 173 Salvage by His Majesty’s ships or aircraft

(1) Where salvage services are rendered by or with the aid of a ship or aircraft belonging to or in the service of the Yang di-Pertuan Agong and used in the armed forces, the Federal Government may claim salvage for those services, and shall have the same rights and remedies in respect of those services as any other salvor would have had if the ship or aircraft had belonged to him. (2) No claim for salvage services by the commander or any of the officers or servicemen of a ship or aircraft belonging to or in the service of the Yang di-Pertuan Agong and used in the armed forces shall be finally adjudicated upon, unless the consent of the Minister to the prosecution of the claim is proved; and such consent may be given at any time before final adjudication. (3) Any document purporting to give the consent of the Minister for the purpose of this section shall be evidence of that consent. (4) Where a claim for salvage services is prosecuted and the consent of the Minister is not proved, the claim shall be dismissed with costs. (5) The Minister may, upon the recommendation of the Attorney- General, accept on behalf of the Yang di-Pertuan Agong and the commander, officers and servicemen or any of them, any offer of settlement with respect to claims for salvage services rendered to any ship or aircraft belonging to or in the service of the Yang di- Pertuan Agong and used in the armed forces. (6) The proceeds of any settlement made under the last foregoing subsection shall be distributed in such manner as the Armed Forces Council with the approval of the Yang di-Pertuan Agong may prescribe. Provisions relating to Deserters and Absentees without Leave

Malay text (authoritative)

Salvaj oleh kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda

(1) Jika perkhidmatan salvaj diberikan oleh atau dengan bantuan sesuatu kapal atau kapal udara yang dipunyai oleh atau yang dalam perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong dan digunakan dalam angkatan tentera, Kerajaan Persekutuan boleh menuntut salvaj bagi perkhidmatan itu, dan hendaklah mempunyai hak dan remedi yang sama berkenaan dengan perkhidmatan itu seperti yang dipunyai oleh mana-mana pensalvaj lain jika kapal atau kapal udara itu dipunyai olehnya. (2) Tiada tuntutan untuk perkhidmatan salvaj oleh pemerintah atau mana-mana pegawai atau askar-lasykar sesuatu kapal atau kapal udara yang dipunyai oleh atau yang dalam perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong dan digunakan dalam angkatan tentera boleh dihukum dengan muktamad, melainkan jika keizinan Menteri terhadap pendakwaan tuntutan itu dibuktikan; dan keizinan itu boleh diberikan pada bila-bila masa sebelum penghukuman muktamad itu. (3) Mana-mana dokumen yang berupa sebagai memberi keizinan Menteri bagi maksud seksyen ini hendaklah menjadi keterangan bagi keizinan itu. (4) Jika sesuatu tuntutan untuk perkhidmatan salvaj didakwa dan keizinan Menteri tidak dibuktikan, tuntutan itu hendaklah ditolak dengan kos. (5) Menteri boleh, atas syor Peguam Negara, menerima bagi pihak Yang di-Pertuan Agong dan komander, pegawai-pegawai dan askarlasykar itu atau mana-mana daripada mereka, apa-apa tawaran penyelesaian berkenaan dengan tuntutan bagi perkhidmatan salvaj yang diberikan kepada mana-mana kapal atau kapal udara yang dipunyai oleh atau yang dalam perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong dan digunakan dalam angkatan tentera. (6) Hasil daripada mana-mana penyelesaian yang dibuat di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut hendaklah dibahagi-bahagikan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong. Peruntukan yang berhubungan dengan Orang Tinggal Tugas dan yang Tidak Hadir tanpa Cuti

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next