My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 174

Armed Forces Act 1972 s 174

s 174 Arrest of deserters and absentees without leave

(1) A police officer may arrest any person whom he has reasonable cause to suspect of being an officer or serviceman of the regular forces who has deserted or is absent without leave. (2) Where no police officer is available, any officer or serviceman of the regular forces, or any other person, may arrest any person whom he has reasonable cause to suspect as aforesaid. (3) A magistrate or other person having authority to issue a warrant for the arrest of a person charged with crime, if satisfied by evidence on oath that that person is reasonably suspected of being, within his jurisdiction, an officer or serviceman of the regular forces who has deserted or is absent without leave, or is reasonably suspected of being absent without leave, may issue a warrant authorizing his arrest. (4) Any person in custody in pursuance of this section shall, as soon as practicable and in any case within twenty-four hours (excluding the time of any necessary journey) be produced before a magistrate.

Malay text (authoritative)

Penangkapan orang tinggal tugas dan yang tidak hadir tanpa cuti

(1) Seseorang pegawai polis boleh menangkap mana-mana orang yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sebagai seorang pegawai atau askar-lasykar daripada angkatan tetap yang telah meninggalkan tugas atau yang tidak hadir tanpa cuti. (2) Jika tiada pegawai polis boleh didapati, mana-mana pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap, atau mana-mana orang lain, boleh menangkap mana-mana orang yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki seperti yang disebut terdahulu. (3) Seseorang majistret atau orang lain yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sesuatu waran untuk menangkap seseorang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan jenayah dalam bidang kuasanya, jika berpuas hati dengan keterangan bersumpah bahawa orang itu semunasabahnya disyaki sebagai seorang pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap yang telah meninggalkan tugas atau yang tidak hadir tanpa cuti, atau yang semunasabahnya disyaki sebagai tidak hadir tanpa cuti, boleh mengeluarkan suatu waran yang memberikan kuasa terhadap penangkapannya. (4) Mana-mana orang yang dalam jagaan menurut seksyen ini hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan dan dalam apa-apa hal dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan seorang majistret.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next