s 175 Proceedings before a civil court where persons suspected of illegal absence
(1) Where a person who is brought before a magistrate is alleged to be an officer or serviceman of the regular forces who has deserted or is absent without leave, the following provisions shall have effect.
(2) If he admits that he is illegally absent from the regular forces and the magistrate is satisfied of the truth of the admission, then—
(a) unless he is in custody for some other cause, the magistrate shall; and
(b) notwithstanding that he is in custody for some other case, the magistrate may,
forthwith either cause him to be delivered into armed forces custody in such manner as the magistrate may think fit, or commit him to some prison, police station or other place provided for the confinement of persons in custody, to be kept there for such reasonable time as the magistrate may specify (not exceeding such time as appears to the magistrate reasonably necessary for the purpose of enabling him to be delivered into armed forces custody) or until sooner into such custody.
(3) Any time specified by the magistrate in accordance with the last foregoing subsection may be extended by the magistrate from time to time if it appears to the magistrate reasonably necessary so to do for the purpose as aforesaid.
(4) If he does not admit that he is illegally absent as aforesaid, or if the magistrate is not satisfied of the truth of the admission, the magistrate shall consider the offence and any statement of the accused,
and if satisfied that he is subject to service law under this Act and if of opinion that there is sufficient evidence to justify his being tried under this Act for an offence of desertion or absence without leave then, unless he is in custody for some other cause, the magistrate shall cause him to be delivered into armed forces custody, or commit him as aforesaid, or otherwise shall discharge him:
Provided that if he is in custody for some other cause, the magistrate shall have power at his discretion to act in accordance with this subsection.
Malay text (authoritative)
Prosiding di hadapan sesuatu mahkamah awam jika orang disyaki tidak hadir dengan cara yang menyalahi undang-undang
(1) Jika seseorang yang dibawa ke hadapan seorang majistret dikatakan sebagai seorang pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap yang telah meninggalkan tugas atau tidak hadir tanpa cuti, peruntukan yang berikut hendaklah berkuat kuasa.
(2) Jika dia mengaku bahawa dia telah tidak hadir secara menyalahi undang-undang daripada angkatan tetap dan majistret itu berpuas hati dengan kebenaran pengakuan itu, maka—
(a) melainkan jika dia dalam jagaan bagi sebab lain, majistret itu hendaklah; dan
(b) walaupun dia dalam jagaan bagi sebab lain, majistret itu boleh,
dengan serta-merta sama ada menyebabkan supaya dia diserahkan kepada jagaan angkatan tentera mengikut cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh majistret itu, atau mengkomitkannya ke dalam penjara, balai polis atau tempat lain yang disediakan bagi pengurungan orang dalam jagaan, untuk disimpan di situ selama masa yang munasabah sebagaimana yang dinyatakan oleh majistret itu (tidak melebihi masa sebagaimana yang pada pendapat majistret itu semunasabahnya perlu bagi maksud membolehkan dia diserahkan kepada jagaan angkatan tentera) atau sehingga dia terlebih dahulu diserahkan kepada jagaan itu.
(3) Apa-apa masa yang dinyatakan oleh majistret mengikut subseksyen terdahulu yang akhir disebut boleh dilanjutkan oleh majistret itu dari semasa ke semasa jika pada pendapat majistret itu adalah semunasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud seperti yang disebut terdahulu.
(4) Jika dia tidak mengaku bahawa dia telah tidak hadir secara yang menyalahi undang-undang seperti yang disebut terdahulu, atau jika majistret tidak berpuas hati dengan kebenaran pengakuan itu, majistret itu hendaklah menimbangkan kesalahan itu dan mana-mana pernyataan tertuduh, dan jika berpuas hati bahawa dia tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan jika dia berpendapat bahawa ada keterangan yang cukup untuk mewajarkannya dibicarakan di bawah Akta ini atas kesalahan tinggal tugas atau tidak hadir tanpa cuti maka, melainkan jika dia dalam jagaan bagi sebab lain, majistret hendaklah menyebabkan supaya dia diserahkan kepada jagaan angkatan tentera, atau memenjarakannya
seperti yang disebut terdahulu, atau selainnya hendaklah melepaskannya:
Dengan syarat bahawa jika dia dalam jagaan kerana sebab lain, majistret itu hendaklah mempunyai kuasa menurut budi bicaranya untuk bertindak mengikut subseksyen ini.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).