My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 181

Armed Forces Act 1972 s 181

s 181 General provisions as to evidence

(1) The following provisions shall have effect with respect to evidence in proceedings under this Act, whether before a court-martial, a civil court or otherwise. (2) A document purporting to be a copy of the attestation paper signed by any person and to be certified to be a true copy by a person stated in the certificate to have the custody of the attestation paper shall be evidence of the enlistment of the person attested. (3) The attestation paper purporting to be signed by a person on his enlistment shall be evidence of his having given the answers to the questions recorded therein. (4) A letter, return or other document stating that any person— (a) was or was not serving at any specified time or during any specified period in any of the armed forces, or was discharged from any of the armed forces at or before any specified time; (b) held or did not hold at any specified time any specified rank or appointment in any of those forces, or had at or before any specified time been attached, seconded, posted or transferred to any of those forces, or at any specified time or during any specified period was or was not serving or held or did not hold any rank or appointment in any particular country or place; or (c) was or was not at any specified time authorized to use or wear any decoration, badge or emblem, shall, if purporting to be issued by or on behalf of the Officer-in- Charge, Combined Records, Malaysian Armed Forces, or by a person authorized by the Armed Forces Council be evidence of the matters stated in such letter, return or other document. (5) A record made in any service book or other document prescribed by regulations made under this Act for the purposes of this subsection, being a record made in pursuance of any written law or otherwise in pursuance of duty, and purporting to be signed by the commanding officer or by any person whose duty it was to make the record, shall be evidence of the facts stated therein; and a copy of a record (including the signature thereto) in any such book or other document as aforesaid, purporting to be certified to be a true copy by a person stated in the certificate to have the custody of the book or other document, shall be evidence of the record. (6) A document purporting to be issued by order of the Armed Forces Council and to contain instructions, orders or regulations given or made by the Armed Forces Council shall be evidence of the giving of the instructions or the making of the orders or regulations and shall be evidence of the contents of such instructions, orders and regulations. (7) A certificate purporting to be issued by or on behalf of the Officer-in-Charge, Combined Records, Malaysian Armed Forces, or by a person authorized by the Armed Forces Council— (a) that a decoration of a description specified in or annexed to a certificate is a service decoration; or (b) that a badge or emblem of a description specified in or annexed to a certificate is one supplied or authorized by the Armed Forces Council, shall be evidence of the matters stated in the certificate. (8) A certificate purporting to be signed by a person’s commanding officer or any officer authorized by him to give the certificate, and stating the contents of, or of any part of, standing orders or other routine orders of a continuing nature made for— (a) any formation or unit or body of troops; (b) any command or other area, station, garrison or place; (c) any ship or naval establishment; or (d) any train or aircraft, shall in proceedings against the said person be evidence of the matters stated in the certificate.

Malay text (authoritative)

Peruntukan am berkenaan dengan keterangan

(1) Peruntukan yang berikut hendaklah mempunyai kuat kuasa berkenaan dengan keterangan dalam prosiding di bawah Akta ini, sama ada di hadapan sesuatu mahkamah tentera, sesuatu mahkamah awam atau selainnya. (2) Sesuatu dokumen yang berupa sebagai suatu salinan kertas pengakusaksian yang ditandatangani oleh mana-mana orang dan yang berupa sebagai diperakui sebagai salinan yang benar oleh seseorang yang dinyatakan dalam perakuan itu sebagai yang menjaga kertas pengakusaksian itu hendaklah menjadi keterangan bagi pengambilan masuk orang yang diakusaksikan itu. (3) Kertas pengakusaksian yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh seseorang pada masa pengambilan masuknya hendaklah menjadi keterangan bahawa dia telah memberikan jawapan kepada soalan yang direkodkan dalamnya. (4) Sesuatu surat, penyata atau dokumen lain yang menyatakan bahawa mana-mana orang— (a) telah atau tidak berkhidmat pada mana-mana masa tertentu atau semasa mana-mana tempoh tertentu dalam manamana angkatan tentera, atau telah diberhentikan kerja daripada mana-mana daripada angkatan tentera pada atau sebelum mana-mana masa tertentu; (b) memegang atau tidak memegang pada mana-mana masa tertentu apa-apa pangkat atau jawatan yang tertentu dalam mana-mana daripada angkatan itu, atau telah pada atau sebelum mana-mana masa tertentu ditugaskan, dipinjamkan, ditempatkan atau ditukarkan kepada mana- mana daripada angkatan itu, atau pada mana-mana masa tertentu atau semasa mana-mana tempoh tertentu telah atau tidak berkhidmat atau telah atau tidak memegang apaapa pangkat atau jawatan dalam mana-mana negara atau tempat tertentu; atau (c) telah atau tidak pada mana-mana masa tertentu diberi kuasa untuk menggunakan atau memakai apa-apa bintang, lencana atau lambang, hendaklah, jika berupa sebagai dikeluarkan oleh atau bagi pihak Pegawai Penjaga Rekod Angkatan Tentera Malaysia, atau oleh seseorang yang diberi kuasa oleh Majlis Angkatan Tentera, menjadi keterangan bagi perkara yang dinyatakan dalam surat, penyata atau dokumen lain itu. (5) Sesuatu rekod yang dibuat dalam mana-mana buku perkhidmatan atau dokumen lain yang ditetapkan oleh peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi maksud subseksyen ini, iaitu suatu rekod yang dibuat menurut mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya pada menjalankan kewajipan, dan berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai memerintah atau oleh manamana orang yang menjadi kewajipannya untuk membuat rekod itu, hendaklah menjadi keterangan bagi fakta yang dinyatakan dalamnya; dan satu salinan bagi sesuatu rekod (termasuklah tandatangan dalamnya) dalam mana-mana buku atau dokumen lain seperti yang disebut terdahulu, yang berupa sebagai diperakui sebagai suatu salinan yang benar oleh seseorang yang dinyatakan dalam perakuan itu sebagai orang yang menjaga buku atau dokumen lain itu, hendaklah menjadi keterangan bagi rekod itu. (6) Sesuatu dokumen yang berupa sebagai telah dikeluarkan dengan perintah Majlis Angkatan Tentera dan mengandungi arahan, perintah atau peraturan-peraturan yang diberikan atau dibuat oleh Majlis Angkatan Tentera hendaklah menjadi keterangan berkenaan dengan pemberian arahan atau pembuatan perintah atau peraturanperaturan itu dan hendaklah menjadi keterangan bagi kandungan arahan, perintah dan peraturan-peraturan itu. (7) Sesuatu perakuan yang berupa sebagai telah dikeluarkan oleh atau bagi pihak Pegawai Penjaga Rekod Angkatan Tentera Malaysia, atau oleh seseorang yang diberi kuasa oleh Majlis Angkatan Tentera— (a) bahawa sesuatu bintang daripada sesuatu jenis yang dinyatakan dalam atau dilampirkan kepada sesuatu perakuan ialah suatu bintang perkhidmatan; atau (b) bahawa sesuatu lencana atau lambang daripada sesuatu jenis yang dinyatakan dalam atau yang dilampirkan kepada sesuatu perakuan merupakan diberikan atau diberi kuasa oleh Majlis Angkatan Tentera, hendaklah menjadi keterangan bagi perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu. (8) Sesuatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai memerintah seseorang itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya untuk memberikan perakuan itu, dan yang menyatakan kandungan atau mana-mana bahagian perintah tetap atau perintah biasa lain daripada jenis yang berterusan yang dibuat untuk— (a) apa-apa formasi atau unit atau kumpulan trup; (b) apa-apa pemerintahan atau kawasan lain, stesen, garison atau tempat; (c) mana-mana kapal atau pasukan tentera laut; atau (d) mana-mana kereta api atau kapal udara, hendaklah dalam prosiding terhadap orang itu menjadi keterangan bagi perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next