(1) Every member of a volunteer force not being an officer (hereinafter referred to as a “volunteer”) shall be enrolled for such period as may be prescribed by regulations made under section 207.
(2) Every volunteer enrolled under subsection (1) shall be appointed to a unit or a ship or establishment by the competent authority.
(3) The competent authority may transfer a volunteer from one unit, ship or establishment to another unit, ship or establishment.
(4) Except when called out under section 202 a volunteer may, in accordance with regulations made under section 207, resign from service:
Provided that no such resignation shall become effective until approved by the competent authority.
(5) The competent authority may, without assigning any reason therefor, dismiss a volunteer from service.
(6) Any officer in command of a unit, ship or establishment may, with the approval of the competent authority, discharge any volunteer of his unit, ship or establishment for lack of diligence or for inefficiency.
(7) A volunteer who resigns or is dismissed or discharged under this section shall return in good condition all arms, uniform and equipment issued to him to the officer in command of his unit, or to such other person as may be authorized by such officer in that behalf.
(8) No resignation, dismissal or discharge under this section shall exempt a volunteer from trial or punishment for an offence under this Act.
Malay text (authoritative)
Pendaftaran, peletakan jawatan dan pemberhentian kerja
(1) Tiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela yang bukannya seorang pegawai (kemudian daripada ini disebut “anggota sukarela”) hendaklah didaftarkan bagi tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207.
(2) Tiap-tiap anggota sukarela yang didaftarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah ditugaskan kepada sesuatu unit atau sesuatu kapal atau pasukan oleh pihak berkuasa yang layak.
(3) Pihak berkuasa yang layak boleh menukarkan seseorang anggota sukarela daripada satu unit atau sesuatu kapal atau pasukan kepada suatu unit, kapal atau pasukan yang lain.
(4) Kecuali apabila dikerah di bawah seksyen 202 seseorang anggota sukarela boleh, mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207, meletakkan jawatannya daripada perkhidmatan:
Dengan syarat bahawa tiada peletakan jawatan sedemikian boleh berkuat kuasa sehingga diluluskan oleh pihak berkuasa yang layak.
(5) Pihak berkuasa yang layak boleh, tanpa memberikan apa-apa sebab, membuang kerja seseorang anggota sukarela daripada perkhidmatan.
(6) Mana-mana pegawai yang memerintah sesuatu unit, kapal atau pasukan boleh, dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak, memberhentikan kerja mana-mana anggota sukarela daripada unit, kapal atau pasukannya oleh sebab kurang usaha atau kurang cekap.
(7) Seseorang anggota sukarela yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja atau diberhentikan kerja di bawah seksyen ini hendaklah memulangkan balik dalam keadaan baik semua senjata, pakaian seragam dan alat kelengkapan yang diberikan kepadanya kepada pegawai yang memerintah unitnya, atau kepada orang lain sebagaimana yang diberi kuasa oleh pegawai itu bagi maksud itu.
(8) Tiada peletakan jawatan, pembuangan kerja atau pemberhentian kerja di bawah seksyen ini boleh mengecualikan seseorang anggota sukarela daripada perbicaraan atau hukuman atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).