(1) Without prejudice to the National Service Act 1952, every employer shall, if any person in his employment who is a member of a volunteer force is called up for training or attachment under this Act, grant such person leave for the duration of the period of such training or attachment to enable him to undergo the training or attachment.
(2) No employer shall—
(a) make or cause to be made any undue transfer or deduction from the pay, other remuneration or annual leave of such person;
(b) impose or cause to be imposed upon or exact from such person any penalty; or
(c) change the terms and conditions of the employment of such person to his prejudice,
solely by reason of his absence from work during the period of training or attachment.
(3) Any employer who—
(a) directly or indirectly refuses or, by intimidation, undue influence or in any other manner, interferes with the granting to any person of the period of leave required under subsection (1); or
(b) contravenes subsection (2),
commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding six thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
(4) The civil court by which an employer is convicted of an offence under subsection (3) for the contravention of subsection (2) may order the employer to pay to the person referred to in subsection (2) the pay and other remuneration to which that person is entitled during the period of training or attachment.
Malay text (authoritative)
Cuti untuk latihan atau pertugasan
(1) Tanpa menjejaskan peruntukan Akta Khidmat Negara 1952, tiap-tiap majikan hendaklah, jika mana-mana orang yang bekerja dengannya yang merupakan seorang anggota sesuatu angkatan sukarela dipanggil untuk latihan atau pertugasan di bawah Akta ini, memberi orang itu cuti selama tempoh latihan atau pertugasan itu bagi membolehkannya menjalani latihan atau pertugasan itu.
(2) Tiada majikan boleh—
(a) membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa pemindahan atau potongan tidak wajar daripada gaji, saraan lain atau cuti tahunan orang itu;
(b) mengenakan atau menyebabkan supaya dikenakan ke atas atau menuntut daripada orang itu apa-apa penalti; atau
(c) mengubah terma dan syarat pekerjaan orang itu sehingga memudaratkannya,
semata-semata oleh sebab ketidakhadirannya bekerja dalam tempoh latihan atau pertugasan itu.
(3) Mana-mana majikan yang—
(a) secara langsung atau tidak langsung enggan atau, dengan menakut-nakuti, pengaruh tidak wajar, atau dengan apaapa cara lain, mengganggu pemberian kepada mana-mana orang tempoh cuti yang dikehendaki di bawah subseksyen (1); atau
(b) melanggar subseksyen (2),
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(4) Mahkamah awam yang mensabitkan seseorang majikan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (3) kerana pelanggaran subseksyen (2) boleh memerintahkan supaya majikan itu membayar kepada orang yang disebut dalam subseksyen (2) gaji dan saran lain yang kepadanya orang itu berhak selama tempoh latihan atau pertugasan itu.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).