s 201C Prohibition of dismissal of employees by reason of training or attachment
(1) Without prejudice to the National Service Act 1952, every employer who terminates the employment of any person in his employment, who is a member of a volunteer force, without the consent of such person solely or mainly by reason of the person being called up for training or attachment under this Act commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding six thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
(2) The civil court by which an employer is convicted under subsection (1) may order the employer to pay to the person whose employment is terminated, as compensation for any loss suffered or likely to be suffered by him by reason of the termination, a sum not exceeding an amount equal to six months’ remuneration at the rate at which the remuneration was last payable to that person by the employer.
Malay text (authoritative)
Larangan pembuangan pekerja kerana latihan atau pertugasan
(1) Tanpa menjejaskan peruntukan Akta Khidmat Negara 1952, tiap-tiap majikan yang menamatkan pekerjaan mana-mana orang yang bekerja dengannya, yang merupakan seorang anggota sesuatu angkatan sukarela, tanpa keizinan orang itu semata-mata atau terutamanya kerana orang itu dipanggil untuk latihan atau pertugasan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(2) Mahkamah awam yang mensabitkan seseorang majikan di bawah subseksyen (1) boleh memerintahkan supaya majikan itu membayar kepada orang yang pekerjaannya ditamatkan, sebagai pampasan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung atau mungkin akan ditanggung olehnya disebabkan oleh penamatan itu, suatu jumlah wang tidak melebihi amaun yang bersamaan dengan saran enam bulan
pada kadar saraan itu terakhir kena dibayar kepada orang itu oleh majikan itu.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).