Armed Forces Act 1972 s 203
s 203 Obstructing the volunteer forces and aiding or inducing dereliction of duty
Every person who—
(a) knowingly and wilfully obstructs any part of any of the volunteer forces or any member thereof in the performance of any service or duty under this Act, or under rules, regulations or orders made under this Act;
(b) knowingly agrees with, or induces or attempts to induce any member of the volunteer forces to neglect or act in conflict with his duty as a member thereof;
(c) knowingly is a party to, or aids or abets, or incites to, the commission of any act of indiscipline or any act whereby any lawful order given to any member of the volunteer forces or any law or regulation with which it is the duty of any member thereof to comply, may be evaded or infringed; or
(d) without lawful authority wears the uniform or part of the uniform or any badge or emblem of the volunteer forces or falsely represents himself as entitled to wear such uniforms, badge or emblem,
shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred ringgit.
Malay text (authoritative)
Menghalang angkatan sukarela dan membantu atau mendorong kealpaan kewajipan
Tiap-tiap orang yang—
(a) dengan mengetahui dan dengan bersengaja menghalang mana-mana bahagian daripada mana-mana angkatan sukarela atau mana-mana anggotanya daripada melaksanakan apa-apa perkhidmatan atau kewajipan di bawah Akta ini, atau di bawah kaedah-kaedah, peraturanperaturan atau perintah yang dibuat di bawah Akta ini;
(b) dengan mengetahui bersetuju, atau mendorong atau cuba mendorong mana-mana anggota angkatan sukarela supaya mengabaikan atau bertindak secara yang berlawanan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota angkatan sukarela itu;
(c) dengan mengetahui menjadi pihak kepada, atau membantu dalam, atau menyubahati atau mengapi-apikan, pelakuan apa-apa tindakan yang tidak bertatatertib atau apa-apa tindakan yang apa-apa perintah yang sah yang diberikan
kepada mana-mana anggota angkatan sukarela atau manamana undang-undang atau peraturan yang menjadi kewajipan mana-mana anggota untuk mematuhinya, boleh dielakkan atau dilanggar; atau
(d) tanpa kebenaran yang sah memakai pakaian seragam atau sebahagian daripada pakaian seragam atau apa-apa lencana atau lambang angkatan sukarela atau secara palsu menyatakan dirinya sebagai berhak untuk memakai pakaian seragam, lencana atau lambang itu,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
Read this section in the full act → · Open Part IX →
Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).