My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 204

Armed Forces Act 1972 s 204

s 204 Offences

(1) Any member of a volunteer force who, when he is not subject to service law under this Act— (a) fails without just cause (the proof whereof shall lie upon him) to attend at any time or place lawfully appointed by a proper authority for instruction, training or exercise; (b) when in uniform or on duty or undergoing instruction, training or exercise, is drunk or is guilty of insubordinate conduct; (c) disobeys any standing order or lawful command given by his superior officer; (d) neglects to obey any order applicable to his unit, ship or establishment; or (e) is guilty of any act, conduct or disorder or neglect to the prejudice of good order and service discipline, shall be guilty of an offence and shall, on conviction before his commanding officer, be liable to a fine not exceeding one hundred ringgit. (2) Any member of a volunteer force who, when he is not subject to service law under this Act— (a) without proper authority and permission gives, sells, pledges, lends or otherwise disposes of, or loses by neglect, or causes damage to arms, ammunition, accoutrements, clothing, supplies or other articles or things (whether similar to any of those specified or not) entrusted to him or held by him or in his charge for service purposes, or fails to deliver up such property when so required by his commanding officer; (b) causes by any wrongful act or negligence any loss of or damage to any public property, shall be guilty of an offence and shall, on conviction before his commanding officer, be liable to a fine not exceeding three hundred ringgit. (3) Any person convicted of an offence under subsection (2) shall, in addition to any other punishment, be liable to pay, by way of compensation, a sum of money not exceeding five hundred ringgit or the cost of replacement or repair of the articles disposed of, lost, damaged or not delivered up, whichever is the less. (4) No sentence or order given or made under subsection (1), (2) or (3) shall have effect until it is confirmed in writing by the appropriate Service Chief; and the appropriate Service Chief may withhold confirmation, in which case any conviction, sentence or order shall be quashed, or may confirm the sentence or order or remit the whole or any part of such sentence or order. (5) The payment of any sum imposed by way of fine or compensation or both under this section shall, upon the application of the officer in command of the unit, ship or establishment concerned be recovered and enforced by any Magistrate’s Court having criminal jurisdiction in the place in which such fine is imposed or compensation ordered, in the same manner in which such Court could recover or enforce the payment of such fine or compensation under the law relating to criminal procedure in force in such place, as if such fine or compensation has been imposed or ordered to be paid by such Court. (6) Any person accused of an offence under this section may be taken into and kept in service custody and shall be tried summarily in the same manner as if he was subject to service law under this Act.

Malay text (authoritative)

Kesalahan

(1) Mana-mana anggota sesuatu angkatan sukarela yang, apabila dia tidak tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini— (a) gagal dengan tiada sebab yang patut (bukti mengenainya terletak ke atasnya) untuk hadir pada bila-bila masa atau di mana-mana tempat yang ditetapkan dengan sah oleh sesuatu pihak berkuasa yang layak untuk arahan, latihan atau eksesais; (b) apabila berpakaian seragam atau bertugas atau sedang menjalani arahan, latihan atau eksesais, mabuk atau melakukan kesalahan berkelakuan ingkar perintah; (c) mengingkari apa-apa perintah tetap atau perintah yang sah yang diberikan oleh pegawai atasannya; (d) abai untuk mematuhi apa-apa perintah yang terpakai bagi unit, kapal atau pasukannya; atau (e) bersalah melakukan apa-apa perbuatan, kelakuan atau kekacauan atau keabaian yang memudaratkan ketenteraman dan tatatertib perkhidmatan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan di hadapan pegawai memerintahnya, didenda tidak melebihi seratus ringgit. (2) Mana-mana anggota sesuatu angkatan sukarela yang, apabila dia tidak tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini— (a) tanpa kuasa dan kebenaran yang sepatutnya, memberikan, menjual, menggadai, meminjamkan atau selainnya melupuskan atau menghilangkan oleh sebab keabaian, atau menyebabkan kerosakan kepada senjata, peluru, kelengkapan, pakaian, bekalan atau barang lain atau benda (sama ada serupa dengan mana-mana daripada yang dinyatakan itu atau tidak) yang diamanahkan kepadanya atau yang dipegang olehnya atau yang di dalam jagaannya untuk maksud perkhidmatan, atau gagal menyerahkan harta itu apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai memerintahnya; (b) menyebabkan melalui apa-apa tindakan yang salah atau kecuaian apa-apa kerugian atau kerosakan kepada apa-apa harta awam, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan di hadapan pegawai memerintahnya, didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit. (3) Mana-mana orang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (2) boleh, sebagai tambahan kepada mana-mana hukuman lain, dikenakan membayar, dengan cara pampasan, sejumlah wang yang tidak melebihi lima ratus ringgit atau kos penggantian atau pembaikan barang-barang yang dilupuskan, dihilangkan, dirosakkan atau tidak diserahkan, mengikut mana-mana yang kurang. (4) Tiada hukuman atau perintah yang diberikan atau dibuat di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) boleh berkuat kuasa sehingga ia disahkan secara bertulis oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan; dan Ketua Perkhidmatan yang berkenaan boleh menahan pengesahan, dan oleh yang demikian apa-apa sabitan, hukuman atau perintah hendaklah dibatalkan, atau boleh mengesahkan hukuman atau perintah itu, atau meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian hukuman atau perintah itu. (5) Pembayaran apa-apa jumlah wang yang dikenakan dengan cara denda atau pampasan atau kedua-duanya di bawah seksyen ini hendaklah, atas permohonan pegawai yang memerintah unit, kapal atau pasukan yang berkenaan didapatkan dan dikuatkuasakan oleh mana-mana Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa jenayah di tempat yang denda itu dikenakan atau pampasan itu diperintahkan, mengikut cara yang sama yang Mahkamah itu boleh mendapatkan atau menguatkuasakan pembayaran denda atau pampasan itu di bawah undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang berkuat kuasa di tempat itu, seolah-olah denda atau pampasan itu telah dikenakan atau diperintahkan supaya dibayar oleh Mahkamah itu. (6) Mana-mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh dimasukkan dan diletakkan dalam jagaan perkhidmatan dan hendaklah dibicarakan terus dengan cara yang sama seolah-olah dia tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next