Armed Forces Act 1972 s 213
s 213 Application of the Act to reserve and volunteer forces
(1) Subject to the provisions of this section, references in Parts V, VI and VII to the regular forces shall include references to the following persons, that is to say:
(a) reservists of the Regular Forces Reserve who become subject to service law under paragraph 209(1)(d); and
(b) members of the volunteer forces who become subject to service law under paragraphs 209(1)(e) and (f),
and references to officers and servicemen or to members of a body of the regular forces or to illegal absence from those forces shall be construed accordingly.
(2) Section 34, with the exception of paragraph (1)(b) thereof, shall apply to the servicemen of the Regular Forces Reserve and of the volunteer forces as they apply to servicemen of the regular forces.
(3) The powers conferred by subsections 54(3) and 100(3) to direct the forfeiture of an offender’s previous service shall not be exercisable in relation to the servicemen of the Regular Forces Reserve or of the volunteer forces.
(4) Paragraph 54(2)(c), sections 164 to 167 inclusive and except in so far as they may be applied by regulations made under section 207, Part V relating to the award of stoppages and sections 158 to 163 inclusive shall not apply—
(a) to officers of the Regular Forces Reserve who are not in actual service;
(b) to the servicemen of the Regular Forces Reserve except when called out for service under section 190; or
(c) to members of the volunteer forces except when they are called out for service under section 202.
(5) In the last foregoing subsection the expression “actual service”, in relation to an officer of the Regular Forces Reserve, means that he is serving (otherwise than when undergoing training) with a body of the regular forces, or of the Regular Forces Reserve called out for service or with a part of any of the volunteer forces which is called out for service.
(6) In the case of a volunteer below the rank of warrant officer who is found guilty of an offence by his commanding officer, section 97 shall apply as if the punishments specified in subsection (3) of that section included dismissal from His Majesty’s service:
Provided that if the commanding officer awards such dismissal he shall not award any other punishment.
(7) In respect of Part V, for the purpose of this section, where any of the provisions therein specify that a certain action may be carried out by a member of the regular forces of a particular rank or holding a particular post, and the Regular Forces Reserve or the volunteer forces do not have a member of such rank or holding such post, then a member of the regular forces who is of that rank or is holding that post may carry out such action in relation to a member of the Regular Forces Reserve or volunteer forces.
Malay text (authoritative)
Pemakaian Akta bagi angkatan simpanan dan sukarela
(1) Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, sebutan dalam Bahagian V, VI dan VII mengenai angkatan tetap hendaklah termasuk sebutan mengenai orang yang berikut, iaitu:
(a) anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap yang menjadi tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah perenggan 209(1)(d); dan
(b) anggota angkatan sukarela yang menjadi tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah perenggan 209(1)(e) dan (f ),
dan sebutan mengenai pegawai dan askar-lasykar atau mengenai anggota sesuatu badan angkatan tetap atau mengenai tidak hadir secara yang menyalahi undang-undang daripada angkatan itu hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
(2) Seksyen 34, kecuali perenggan (1)(b), hendaklah terpakai bagi askar-lasykar bagi Simpanan Angkatan Tetap dan bagi angkatan sukarela sebagaimana ia terpakai bagi askar-lasykar angkatan tetap.
(3) Kuasa yang diberikan oleh subseksyen 54(3) dan 100(3) untuk mengarahkan pelucuthakan perkhidmatan terdahulu seseorang pesalah tidak boleh dijalankan berkenaan dengan askar-lasykar bagi Simpanan Angkatan Tetap atau angkatan sukarela.
(4) Perenggan 54(2)(c), seksyen 164 hingga 167 termasuk keduaduanya dan kecuali setakat yang boleh terpakai oleh peraturanperaturan yang dibuat di bawah seksyen 207, Bahagian V yang
berhubungan dengan award tahanan gaji dan seksyen 158 hingga 163 termasuklah kedua-duanya, tidaklah terpakai—
(a) bagi pegawai Simpanan Angkatan Tetap yang tidak dalam perkhidmatan sebenar;
(b) bagi askar-lasykar daripada Simpanan Angkatan Tetap kecuali apabila dikerah untuk berkhidmat di bawah seksyen 190; atau
(c) bagi anggota angkatan sukarela kecuali apabila mereka dikerah untuk berkhidmat di bawah seksyen 202.
(5) Dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut ungkapan “perkhidmatan sebenar”, berhubung dengan seseorang pegawai dalam Simpanan Angkatan Tetap, ertinya bahawa dia sedang berkhidmat (selain apabila menjalani latihan) dengan sesuatu badan angkatan tetap, atau dalam Simpanan Angkatan Tetap yang dikerah untuk berkhidmat atau dengan sesuatu bahagian mana-mana daripada angkatan sukarela yang dikerah untuk berkhidmat.
(6) Dalam hal seseorang anggota sukarela yang berpangkat rendah daripada pegawai waran yang didapati bersalah melakukan sesuatu kesalahan oleh pegawai memerintahnya, seksyen 97 hendaklah terpakai seolah-olah hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (3) seksyen itu termasuk dibuang kerja daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda:
Dengan syarat bahawa jika pegawai memerintah mengenakan pembuangan kerja dia tidaklah boleh mengenakan apa-apa hukuman lain.
(7) Berkenaan dengan Bahagian V, bagi maksud seksyen ini, jika mana-mana peruntukan dalamnya menyatakan bahawa sesuatu tindakan tertentu boleh dilakukan oleh seseorang anggota angkatan tetap yang mempunyai suatu pangkat tertentu atau yang memegang sesuatu jawatan tertentu, dan Simpanan Angkatan Tetap atau angkatan sukarela tidak mempunyai anggota yang mempunyai pangkat sedemikian atau memegang jawatan sedemikian, maka seorang
anggota angkatan tetap yang mempunyai pangkat itu atau yang memegang jawatan itu boleh menjalankan tindakan sedemikian berhubung dengan seseorang anggota Simpanan Angkatan Tetap atau angkatan sukarela.
Read this section in the full act → · Open Part X →
Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).