My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 27

Armed Forces Act 1972 s 27

s 27 Postponement in certain cases of discharge or transfer to the reserve

(1) Where, at the time at which apart from this section a serviceman would be entitled to be discharged or would fall to be transferred to the reserve, a state of war exists between the Yang di- Pertuan Agong and any foreign power, or a Proclamation of Emergency issued by the Yang di-Pertuan Agong under Article 150 of the Federal Constitution is in force, or reservists in the Regular Forces Reserve have been called out for service, or he is serving outside Malaysia, he may be retained in full-time service for such period as is hereinafter mentioned, and his service may be prolonged accordingly. (2) No person shall be retained in full-time service by virtue of this section later than the expiration of twelve months after the date on which apart from this section he would be entitled to be discharged. (3) Subject to the provisions of the last foregoing subsection, a person who apart from this section would be entitled to be discharged may be retained in full-time service for such period as the competent authority may order. (4) Subject as aforesaid, a person who apart from this section would fall to be transferred to the reserve may be retained in fulltime service for such period, ending not later than twelve months after the date on which apart from this section he would fall to be transferred to the reserve, as the competent authority may order or for any period or further period during which reservists of the Regular Forces Reserve continue to be called out for service. (5) If while a person is being retained in full-time service by virtue of this section it appears to the competent authority that his services can be dispensed with, he shall be entitled to be discharged or transferred to the reserve, as the case may require. (6) Where, at the time at which under the foregoing subsections a person is entitled to be discharged or transferred to the reserve, a state of war exists between the Yang di-Pertuan Agong and any foreign power, he may, by declaration made in the prescribed form before his commanding officer, agree to continue in full-time service while such a state of war exists; and if the competent authority approves, he may continue accordingly as if the period for which his term of service could be prolonged under the foregoing provisions of this section were a period continuing so long as a state of war exists: Provided that if it is so specified in the declaration, he shall be entitled to be discharged or transferred to the reserve, as the case may require, at the expiration of three months’ notice given by him to his commanding officer. (7) In relation to persons serving outside Malaysia, references in this section to being entitled to be transferred to the reserve shall be construed as references to being entitled to be sent back to Malaysia on with all convenient speed for the purpose of being transferred to the reserve.

Malay text (authoritative)

Penangguhan dalam hal tertentu mengenai pemberhentian kerja atau pertukaran kepada simpanan

(1) Jika pada masa seseorang askar-lasykar, berhak, selain seksyen ini diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan, suatu keadaan perang berlaku di antara Yang di-Pertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing, atau suatu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa, atau anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap dikerah untuk berkhidmat, atau dia berkhidmat di luar Malaysia, dia boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa selama tempoh yang tersebut kemudian daripada ini, dan perkhidmatannya boleh dilanjutkan dengan sewajarnya. (2) Tiada seorang pun boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa menurut kuasa seksyen ini selepas tamat tempoh dua belas bulan dari tarikh dia berhak selain seksyen ini diberhentikan kerja. (3) Tertakluk pada peruntukan subseksyen terdahulu yang akhir disebut, seseorang yang berhak, selain seksyen ini diberhentikan kerja, boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang diperintahkan oleh pihak berkuasa yang layak. (4) Tertakluk seperti yang disebut terdahulu, seseorang yang, selain seksyen ini, genap masanya ditukarkan kepada simpanan boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa bagi sesuatu tempoh, yang berakhir tidak lewat daripada dua belas bulan dari tarikh dia, selain seksyen ini, genap masanya ditukarkan kepada simpanan itu, sebagaimana yang diperintahkan oleh pihak berkuasa yang layak atau bagi mana-mana tempoh atau tempoh selanjutnya yang dalamnya anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap masih dikerah untuk berkhidmat. (5) Jika dalam masa seseorang sedang diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa menurut kuasa seksyen ini pihak berkuasa yang layak berpendapat bahawa perkhidmatannya tidak diperlukan, dia berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (6) Jika pada masa seseorang berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan di bawah peruntukan subseksyen terdahulu yang akhir disebut, suatu keadaan perang berlaku antara Yang di-Pertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing, dia boleh, dengan akuan yang dibuat dalam borang yang ditetapkan di hadapan pegawai memerintahnya, bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan penuh masa semasa keadaan perang itu berlaku; dan jika diluluskan oleh pihak berkuasa yang layak itu, dia boleh meneruskan perkhidmatan penuh masa dengan sewajarnya seolah-olah tempoh perkhidmatan yang baginya tempoh perkhidmatannya dilanjutkan di bawah peruntukan seksyen ini yang disebut terdahulu ialah suatu tempoh yang berterusan semasa keadaan perang berlaku: Dengan syarat bahawa jika dinyatakan sedemikian dalam akuan itu, dia berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan, mengikut kehendak keadaan, setelah tamat tempoh tiga bulan notis yang diberikan olehnya kepada pegawai memerintahnya. (7) Berhubung dengan orang yang berkhidmat di luar Malaysia, sebutan dalam seksyen ini mengenai berhak untuk ditukarkan kepada simpanan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai berhak untuk dihantar balik ke Malaysia dengan seberapa segera yang boleh bagi maksud ditukarkan kepada simpanan.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next