My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 28

Armed Forces Act 1972 s 28

s 28 Discharge

(1) Save as hereinafter provided every person, upon becoming entitled to be discharged, shall be discharged with all convenient speed, but until discharged shall remain subject to service law under this Act. (2) Where a person enlisted in Malaysia is, when entitled to be discharged, serving outside Malaysia, then— (a) if he requires to be discharged in Malaysia, he shall be sent there free of cost with all convenient speed and shall be discharged upon his arrival there, or if he consents to his discharge being delayed, within six months from his arrival; but (b) if at his request he is discharged at the place where he is serving, he shall have no claim to be sent back to Malaysia or elsewhere. (3) Except in pursuance of the sentence of a court-martial under this Act, a person shall not be discharged unless his discharge has been authorized by the competent authority in accordance with any regulations made under this Part. (4) Every person discharged under the provisions of this Part shall be given on his discharge a certificate of discharge containing such particulars as may be prescribed: Provided that a person who is discharged within three months of attestation shall not be entitled to receive a certificate of discharge. (5) A person discharged in Malaysia shall be entitled to be conveyed free of cost from the place where he is discharged to the place stated in his attestation paper to be the place where he was attested or to any place at which he intends to reside and to which he can be conveyed at no greater cost.

Malay text (authoritative)

Pemberhentian kerja

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini tiap-tiap orang, apabila menjadi berhak diberhentikan kerja, hendaklah diberhentikan kerja dengan seberapa segera yang boleh, tetapi sehingga diberhentikan kerja dia hendaklah terus tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini. (2) Jika seseorang yang diambil masuk ke dalam Malaysia berkhidmat di luar Malaysia apabila menjadi berhak diberhentikan kerja— (a) jika dia menghendaki diberhentikan kerja di dalam Malaysia, dia hendaklah dihantar balik ke Malaysia dengan percuma dengan seberapa segera yang boleh dan hendaklah diberhentikan kerja apabila dia tiba di Malaysia, atau jika dia mengizinkan supaya pemberhentian kerjanya dilewatkan, dalam tempoh enam bulan selepas dia tiba; tetapi (b) jika atas permintaannya dia diberhentikan kerja di tempat dia sedang berkhidmat, dia tidaklah berhak menuntut dia dihantar balik ke Malaysia atau ke tempat lain. (3) Kecuali menurut hukuman sesuatu mahkamah tentera di bawah Akta ini, seseorang tidak boleh diberhentikan kerja melainkan jika pemberhentian kerjanya telah dibenarkan oleh pihak berkuasa yang layak mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini. (4) Tiap-tiap orang yang diberhentikan kerja di bawah peruntukan Bahagian ini hendaklah apabila diberhentikan kerja diberikan suatu perakuan pemberhentian kerja yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditetapkan: Dengan syarat bahawa seseorang yang diberhentikan kerja dalam tempoh tiga bulan selepas pengakusaksian tidak berhak menerima suatu perakuan pemberhentian kerja. (5) Seseorang yang diberhentikan kerja di dalam Malaysia berhak dihantar percuma dari tempat dia diberhentikan kerja itu ke tempat yang dinyatakan dalam kertas pengakusaksiannya sebagai tempat dia telah diakusaksikan atau ke mana-mana tempat yang dia bercadang hendak tinggal dan yang kepadanya dia boleh dihantar dengan tidak menyebabkan belanja yang lebih besar.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next