(1) Save as otherwise provided in this Act every person, upon falling to be transferred to the reserve, shall be transferred to the reserve, but until so transferred shall remain subject to service law under this Act.
(2) Where a person when falling to be transferred to the reserve, is serving outside Malaysia, he shall be sent to Malaysia free of cost with all convenient speed and shall be transferred to the reserve on his
arrival there, or if he consents to his transfer being delayed, within six months of his arrival:
Provided that if he so requests he may be transferred to the reserve without being required to return to Malaysia.
(3) A person transferred to the reserve in Malaysia shall be entitled to be conveyed free of cost from the place where he is transferred to the place stated in his attestation paper to be the place where he was attested or to any place at which he intends to reside and to which he can be conveyed at no greater cost.
Malay text (authoritative)
Pertukaran kepada simpanan
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini tiap-tiap orang, apabila genap masanya ditukarkan kepada simpanan, hendaklah ditukar kepada simpanan, tetapi sehingga ditukarkan sedemikian dia hendaklah terus tertakluk pada undangundang perkhidmatan di bawah Akta ini.
(2) Jika seseorang, apabila genap masanya ditukarkan kepada simpanan, berkhidmat di luar Malaysia, dia hendaklah dihantar balik ke Malaysia dengan percuma dengan seberapa segera yang boleh dan hendaklah ditukarkan kepada simpanan apabila dia tiba, atau jika dia mengizinkan supaya pertukarannya dilewatkan, dalam tempoh enam bulan selepas dia tiba:
Dengan syarat bahawa jika dia meminta sedemikian, dia boleh ditukarkan kepada simpanan tanpa dikehendaki pulang ke Malaysia.
(3) Seseorang yang ditukarkan kepada simpanan di dalam Malaysia berhak dihantar percuma dari tempat dia telah ditukarkan itu ke tempat yang dinyatakan dalam kertas pengakusaksiannya sebagai tempat dia telah diakusaksikan atau ke mana-mana tempat yang dia bercadang hendak tinggal dan yang kepadanya dia boleh dihantar dengan tidak menyebabkan belanja yang lebih besar.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).