(1) In this Act the expression “on active service” in relation to a force means that it is engaged in operations against an enemy, or is in a country or territory outside Malaysia for the preservation of life or
property or is on military occupation of a foreign country, and in relation to a person means that he is serving in or with such a force which is on active service.
(2) Where it appears to the Minister that, by reason of the imminence of active service or of the recent existence of active service, it is necessary that a force should be deemed to be on active service, he may declare that for such period, not exceeding three months, beginning with the coming into force of the declaration as may be specified therein that force shall be deemed to be on active service.
(3) Where the Minister deems it necessary that the period specified in a declaration under the last foregoing subsection should be prolonged or, if previously prolonged under this subsection, should be further prolonged, he may declare that the said period shall be prolonged by such time, not exceeding three months, as may be specified in the declaration under this subsection.
(4) If, at any time while any force is deemed to be on active service by virtue of the foregoing provisions of this section, it appears to the Minister that there is no necessity for the force to continue to be treated as being on active service, he may direct that as from the coming into operation of the direction the force shall cease to be deemed to be on active service; but any direction under this subsection shall be without prejudice to anything done by virtue of the declaration before the coming into force of the direction.
(5) The Minister may delegate the powers conferred on him by subsections (2) and (3) to any officer not below the rank of colonel, or its equivalent commanding a force which is serving outside the Federation:
Provided that before an officer to whom the Minister has delegated all or any of his powers as aforesaid makes a declaration under this section he shall, unless satisfied that it is not possible to communicate with sufficient speed with the Minister, obtain the consent of the Minister to the declaration; and in any case where that consent has not been obtained before the making of a declaration under this section the
officer shall report the making thereof to the Minister with the utmost practicable speed.
Malay text (authoritative)
Peruntukan mengenai perkhidmatan giat
(1) Dalam Akta ini ungkapan “dalam perkhidmatan giat”, berhubung dengan sesuatu angkatan, ertinya bahawa angkatan itu sedang bertempur dengan musuh atau berada di dalam sesuatu negara atau wilayah di luar Malaysia bagi maksud memelihara jiwa atau harta atau dalam pendudukan ketenteraan di sesuatu negara asing, dan berhubung dengan seseorang ertinya bahawa orang itu sedang
berkhidmat dalam atau dengan sesuatu angkatan yang sedang dalam perkhidmatan giat.
(2) Jika ternyata pada Menteri bahawa, oleh sebab perkhidmatan giat hampir benar berlaku atau telah wujud baru-baru ini, perlu sesuatu angkatan disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat, dia boleh mengisytiharkan supaya angkatan itu disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat bagi sesuatu tempoh, yang tidak melebihi tiga bulan, mulai dari tarikh permulaan kuat kuasa perisytiharan itu sebagaimana yang dinyatakan dalamnya.
(3) Jika Menteri berpendapat perlu supaya tempoh yang dinyatakan dalam sesuatu perisytiharan di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut itu patut dilanjutkan atau, jika telah dilanjutkan dahulunya di bawah subseksyen ini, tempoh itu patut dilanjutkan lagi, dia boleh mengisytiharkan supaya tempoh tersebut dilanjutkan selama sesuatu tempoh, yang tidak melebihi tiga bulan, sebagaimana yang dinyatakan dalam perisytiharan di bawah subseksyen ini.
(4) Jika, pada bila-bila masa mana-mana angkatan disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat menurut peruntukan seksyen ini yang disebut terdahulu, ternyata pada Menteri bahawa tidak perlu bagi angkatan itu dianggap sebagai masih dalam perkhidmatan giat, dia boleh mengarahkan supaya mulai dari tarikh permulaan kuat kuasa arahan itu angkatan itu hendaklah terhenti disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat; tetapi apa-apa arahan di bawah subseksyen ini tidak akan menyentuh apa-apa jua yang dilakukan menurut kuasa perisytiharan sebelum permulaan kuat kuasa arahan itu.
(5) Menteri boleh mewakilkan kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (2) dan (3) kepada mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf dengannya yang memerintah sesuatu angkatan yang sedang berkhidmat di luar Persekutuan:
Dengan syarat bahawa sebelum seseorang pegawai yang kepadanya telah diwakilkan oleh Menteri segala atau mana-mana kuasanya yang disebut terdahulu itu membuat suatu perisytiharan di bawah seksyen ini
dia hendaklah, melainkan jika dia berpuas hati bahawa Menteri tidak mungkin dihubungi dengan cukup cepat, mendapatkan keizinan Menteri terhadap perisytiharan itu; dan jika dalam apa-apa hal keizinan itu tidak dapat diperoleh sebelum sesuatu perisytiharan di bawah seksyen ini dibuat pegawai itu hendaklah melaporkan kepada Menteri dengan seberapa segera yang boleh bahawa perisytiharan itu telah dibuat.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).