My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 43

Armed Forces Act 1972 s 43

s 43 Becoming prisoner of war through disobedience or wilful neglect; and failure to rejoin forces

(1) Every person subject to service law under this Act who, through disobedience to orders or wilful neglect of his duty, is captured by the enemy shall be guilty of an offence against this section. (2) Every person subject to service law under this Act who, having been captured by the enemy, fails to take, or prevents or discourages any other such person captured by the enemy from taking, any reasonable steps to rejoin His Majesty’s service which are available to him or, as the case may be, to that other person shall be guilty of an offence against this section. (3) Every person guilty of an offence against this section shall, on conviction by court-martial, be liable to imprisonment or any less punishment provided by this Act.

Malay text (authoritative)

Menjadi tawanan perang kerana tidak patuh atau keabaian yang disengajakan; dan tidak masuk semula dalam angkatan

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, oleh sebab tidak patuh kepada perintah atau dengan sengaja mengabaikan tugasnya, ditawan oleh musuh melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini. (2) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, setelah ditawan oleh musuh, tidak mengambil apa-apa langkah, atau melarang atau menawarkan hati mana-mana orang lain yang ditawan oleh musuh daripada mengambil apa-apa langkah yang munasabah yang boleh diambil olehnya atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang lain itu, untuk masuk semula dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini. (3) Tiap-tiap orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next