My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 44

Armed Forces Act 1972 s 44

s 44 Offences by or in relation to sentries, etc.

(1) Every person subject to service law under this Act who while on guard duty— (a) sleeps at his post; (b) when not on duty at a post, is asleep at a time when he is not allowed to be asleep; (c) is drunk; or (d) leaves his post without having been regularly relieved or otherwise absents himself from any place where it is his duty to be, shall be guilty of an offence against this section. (2) For the purposes of this section a person shall be treated as being drunk if owing to the influence of alcohol or any drug, whether alone or in combination with any other circumstances, he is unfit to be entrusted with his duty. (3) Every person subject to service law under this Act who strikes or otherwise uses force against any person on guard duty, being a member of any of His Majesty’s armed forces or of any forces cooperating therewith, or by the threat of force compels any such person to let him or any other person pass, shall be guilty of an offence against this section. (4) Every person guilty of an offence against this section shall, on conviction by court-martial, be liable to imprisonment or any less punishment provided by this Act: Provided that if the offence was not committed on active service he shall not be liable to be imprisoned for more than two years. (5) References in this section to a person on guard duty are references to a person who— (a) is posted or ordered to patrol; or (b) is a member of a guard or other party mounted or ordered to patrol, for the purpose of protecting any person, premises or place. (6) The foregoing provisions shall apply in relation to persons posted or ordered to patrol, or members of a party mounted or ordered to patrol, for the purposes of preventing or controlling access to or egress from any premises or place, or of regulating traffic by road, by rail or any inland navigation, as they apply to persons on guard duty.

Malay text (authoritative)

Kesalahan oleh atau berhubung dengan sentri, dsb.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, semasa dalam tugas mengawal— (a) tidur di posnya; (b) dalam masa tidak bertugas di pos, tidur pada masa dia tidak dibenarkan tidur; (c) mabuk; atau (d) meninggalkan posnya tanpa diganti dengan sepatutnya atau tidak berada di mana-mana tempat dia ditugaskan untuk berada, melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini. (2) Bagi maksud seksyen ini seseorang hendaklah disifatkan sebagai mabuk jika, oleh sebab pengaruh alkohol atau apa-apa dadah, sama ada hal itu sahaja atau berserta dengan apa-apa hal keadaan lain, dia tidak layak diamanahkan dengan tugasnya. (3) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang memukul atau selainnya menggunakan kekerasan terhadap mana-mana orang dalam tugas mengawal, iaitu seorang anggota mana-mana angkatan tentera Seri Paduka Baginda atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya, atau dengan mengugut hendak menggunakan kekerasan memaksa mana-mana orang itu membenarkannya atau mana-mana orang lain lalu, melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini. (4) Tiap-tiap orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini: Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu tidak dilakukan semasa dalam perkhidmatan giat dia tidak boleh dipenjarakan selama tempoh melebihi dua tahun. (5) Sebutan dalam seksyen ini mengenai seseorang dalam tugas mengawal ialah sebutan mengenai seseorang yang— (a) ditempatkan di pos atau diperintahkan untuk meronda; atau (b) menjadi anggota pasukan pengawal atau pasukan lain yang diadakan atau diperintahkan untuk meronda, bagi maksud melindungi mana-mana orang, premis atau tempat. (6) Peruntukan yang disebut terdahulu hendaklah terpakai berhubung dengan orang yang ditempatkan di pos atau diperintahkan untuk meronda, atau anggota sesuatu pasukan yang diadakan atau diperintahkan untuk meronda, bagi maksud mencegah atau mengawal jalan masuk ke mana-mana premis atau tempat atau jalan keluar darinya, atau bagi mengawal selia lalu lintas melalui jalan, jalan kereta api atau apa-apa pelayaran pedalaman, sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi orang dalam tugas mengawal.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next