s 47 Mutiny
(1) Every person subject to service law under this Act who—
(a) takes part in a mutiny involving the use of violence or the threat of the use of violence;
(b) takes part in a mutiny having as its object or one of its objects the refusal or avoidance of any duty or service against, or in connection with operations against, the enemy, or the impeding of the performance of any such duty or service; or
(c) incites any other person subject to service law under this Act to take part in such a mutiny, whether actual or intended,
shall, on conviction by court-martial, be liable to suffer death or any less punishment provided by this Act.
(2) Every person subject to service law under this Act who, in a case not falling within the foregoing subsection, takes part in a mutiny or incites any person subject to service law under this Act to take part in a mutiny, whether actual or intended, shall, on conviction by court-martial, be liable to imprisonment or any less punishment provided by this Act.
(3) In this Act, the expression “mutiny” means the combination between two or more persons subject to service law under this Act, or between persons of whom at least two are subject to service law under this Act—
(a) to overthrow or resist lawful authority in the armed forces or in forces co-operating therewith or in any part of the said forces;
(b) to disobey such authority in such circumstances as to make the disobedience subversive of discipline; or with the object of avoiding any duty or service against, or in connection with operations against, the enemy; or
(c) to impede the purpose of any duty or service in the armed forces or in forces co-operating therewith or in any part of the said forces.
Malay text (authoritative)
Dahagi
(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—
(a) mengambil bahagian dalam dahagi yang melibatkan kekerasan digunakan atau ancaman hendak menggunakan kekerasan;
(b) mengambil bahagian dalam dahagi yang tujuannya atau satu daripada tujuannya untuk enggan menjalankan atau untuk menghindar apa-apa tugas atau perkhidmatan menentang, atau berkaitan dengan gerakan menentang, musuh, atau untuk menghalang mana-mana tugas atau perkhidmatan itu daripada dilakukan; atau
(c) mengapi-apikan mana-mana orang lain yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini supaya mengambil bahagian dalam mana-mana dahagi itu, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan,
boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan hukuman mati atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(2) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, dalam sesuatu hal yang tidak termasuk di bawah subseksyen yang disebut terdahulu, mengambil
bahagian dalam sesuatu dahagi atau mengapi-apikan mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini supaya mengambil bahagian dalam sesuatu dahagi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(3) Dalam Akta ini, ungkapan “dahagi” ertinya gabungan antara dua orang atau lebih yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, atau antara orang yang daripadanya sekurangkurangnya dua orang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini—
(a) untuk menggulingkan atau menentang pihak berkuasa yang sah dalam angkatan tentera atau dalam angkatan yang bekerjasama dengannya atau dalam mana-mana bahagian daripada angkatan tersebut;
(b) untuk mengingkari pihak berkuasa itu dalam hal keadaan yang menyebabkan keingkaran itu merosakkan tatatertib, atau dengan tujuan hendak menghindari apa-apa tugas atau perkhidmatan terhadap, atau berkaitan dengan gerakan menentang, musuh; atau
(c) menghalang maksud mana-mana tugas atau perkhidmatan dalam angkatan tentera atau dalam angkatan yang bekerjasama dengannya atau dalam mana-mana bahagian angkatan tersebut.