Every person subject to service law under this Act who, knowing that a mutiny is taking place or is intended—
(a) fails to use his utmost endeavour to suppress or prevent it; or
(b) fails to report without delay that a mutiny is taking place or is intended,
shall, on conviction by court-martial—
(i) if the offence was committed with intent to assist the enemy, be liable to suffer death or any less punishment provided by this Act; and
(ii) in any other case, be liable to suffer imprisonment or any less punishment provided by this Act.
Malay text (authoritative)
Tidak menghapuskan dahagi
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan mengetahui bahawa sesuatu dahagi sedang berlaku atau dicadangkan—
(a) tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk menghapuskan atau mencegahnya; atau
(b) tidak melaporkan tanpa kelengahan bahawa sesuatu dahagi sedang berlaku atau dicadangkan,
boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera—
(i) jika kesalahan itu telah dilakukan dengan niat hendak membantu musuh, dikenakan hukuman mati atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini; dan
(ii) dalam mana-mana hal lain, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).