Every person subject to service law under this Act who makes or signs, without having ensured its accuracy—
(a) a certificate relating to any matter affecting the seagoing or airworthiness or fighting efficiency of any of His Majesty’s ships or aircraft; or
(b) any certificate relating to any of His Majesty’s ships or aircraft or of any material thereof,
shall, on conviction by court-martial, be liable to imprisonment for a term not exceeding two years or any less punishment provided by this Act.
Malay text (authoritative)
Pemerakuan yang tidak tepat
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang membuat atau menandatangani, tanpa memastikan ketepatannya—
(a) suatu perakuan berhubungan dengan apa-apa perkara yang menyentuh perjalanan di laut atau layak terbang atau kecekapan berjuang bagi mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda; atau
(b) apa-apa perakuan berhubungan dengan mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda atau mana-mana daripada bahannya,
boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).