Every person subject to service law under this Act who, being in command of any of His Majesty’s ships or aircraft—
(a) having taken any ship or aircraft as prize, fails to send to the High Court or some other prize court having jurisdiction in the case, all the ship papers or aircraft papers, as the case may be, found on board;
(b) unlawfully makes any agreement for the ransoming of any ship, aircraft or goods taken as prize; or
(c) in pursuance of any such agreement as aforesaid, or otherwise by collusion, restores or abandons any ship, aircraft or goods taken as prize,
shall, on conviction by court-martial, be liable to be dismissed with disgrace from His Majesty’s service or any less punishment provided by this Act.
Malay text (authoritative)
Kesalahan oleh pegawai memerintah mengenai harta rampasan
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang sebagai memerintah mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda—
(a) setelah mengambil mana-mana kapal atau kapal udara sebagai harta rampasan, tidak menghantar kepada Mahkamah Tinggi atau mahkamah harta rampasan lain yang mempunyai bidang kuasa dalam kes itu, semua suratan kapal atau kapal udara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dijumpai di dalam kapal atau kapal udara itu;
(b) dengan menyalahi undang-undang membuat apa-apa perjanjian berkenaan dengan penebusan mana-mana kapal, kapal udara atau barang yang diambil sebagai harta rampasan; atau
(c) menurut apa-apa perjanjian yang disebut terdahulu, atau selainnya dengan pakatan, mengembalikan atau meninggalkan mana-mana kapal, kapal udara atau barang yang diambil sebagai harta rampasan,
boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).