My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 77

Armed Forces Act 1972 s 77

s 77 Falsifying service documents

Every person subject to service law under this Act who— (a) makes, signs or makes an entry in any service report, muster, return, record, pay list, pay certificate, acquittance roll or other service document, being a document or entry which is to his knowledge false in a material particular; (b) alters any service report, muster, return, record, pay list, pay certificate, acquittance roll or other service document, or alters any entry in such a document, so that the document or entry is to his knowledge false in a material particular; (c) suppresses, defaces or makes away with any service report, muster, return, record, pay list, pay certificate, acquittance roll or other service document which it is his duty to preserve or produce; (d) with intent to defraud fails to make an entry in any such documents as aforesaid; or (e) aids, abets, commands, counsels, procures or connives at the commission by another person subject to service law under this Act of an offence against this section (whether or not he knows the nature of the document in relation to which that offence will be committed), shall, on conviction by court-martial, be liable to imprisonment for a term not exceeding two years or any less punishment provided by this Act.

Malay text (authoritative)

Memalsukan dokumen perkhidmatan

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang— (a) membuat, menandatangani atau membuat sesuatu catatan dalam mana-mana laporan, tangada, penyata, rekod, senarai gaji, perakuan gaji, daftar penyelesaian perkhidmatan atau dokumen perkhidmatan yang lain, iaitu suatu dokumen atau catatan yang diketahuinya sebagai palsu pada butir-butir materialnya; (b) mengubah mana-mana laporan, tangada, penyata, rekod, senarai gaji, perakuan gaji, daftar penyelesaian perkhidmatan atau dokumen perkhidmatan yang lain, atau mengubah mana-mana catatan dalam sesuatu dokumen itu, hingga dokumen atau catatan itu diketahuinya sebagai palsu pada butir-butir materialnya; (c) menyembunyikan, mencacatkan atau menghapuskan mana-mana laporan, tangada, penyata, rekod, senarai gaji, perakuan gaji, daftar penyelesaian perkhidmatan atau dokumen perkhidmatan yang lain yang menjadi kewajipannya untuk memelihara atau mengemukakannya; (d) dengan niat hendak memfraud tidak memasukkan sesuatu catatan dalam mana-mana dokumen sebagaimana yang disebut terdahulu; atau (e) membantu, menyubahati, memerintahkan, menasihati, mendapatkan atau membiarkan seseorang lain yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini (sama ada atau tidak dia mengetahui jenis dokumen yang berhubung dengannya kesalahan itu akan dilakukan),boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next