My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 88

Armed Forces Act 1972 s 88

s 88 Civil offences

(1) Every person subject to service law under this Act who commits a civil offence whether in Malaysia or elsewhere shall be guilty of an offence against this section. (2) In this Act the expression “civil offence” means any act or omission punishable by the law of the Federation or which, if committed in Malaysia, would be punishable by that law; and in this Act the expression “the corresponding civil offence” means the civil offence the commission of which constitutes an offence against this section. (3) A person convicted by court-martial of an offence against this section shall— (a) if the corresponding civil offence is treason be liable to suffer death or any other punishment provided by this Act; (b) if the corresponding civil offence is murder be liable to suffer death or any other punishment provided by this Act; (c) if the corresponding civil offence is manslaughter be liable to imprisonment or any less punishment provided by this Act; (d) if the corresponding civil offence is rape be liable to imprisonment or any less punishment provided by this Act; and (e) in any other case be liable to suffer any punishment which a civil court could award for the corresponding civil offence, being a punishment provided by this Act, or such punishment less than the maximum punishment which a civil court could so award, as is so provided: Provided that where a civil court could not so award imprisonment, a person so convicted shall be liable to suffer such punishment, less than dismissal with disgrace from His Majesty’s service in the case of an officer or detention in the case of a serviceman, as is so provided. (4) A person shall not be tried by court-martial for an offence of treason, murder, manslaughter or rape unless such person at the time he committed the offence was on active service or serving outside Malaysia. Punishments

Malay text (authoritative)

Kesalahan awam

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melakukan sesuatu kesalahan awam sama ada dalam Malaysia atau di tempat lain melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini. (2) Dalam Akta ini ungkapan “kesalahan awam” ertinya apa-apa perbuatan atau peninggalan yang boleh dihukum mengikut undangundang Persekutuan atau yang, jika dilakukan di dalam Malaysia, boleh dihukum mengikut undang-undang itu; dan dalam Akta ini ungkapan “kesalahan awam yang bersamaan” ertinya kesalahan awam yang jika dilakukan menjadi suatu kesalahan terhadap seksyen ini. (3) Seseorang yang disabitkan oleh mahkamah tentera atas sesuatu kesalahan terhadap seksyen ini boleh— (a) jika kesalahan awam yang bersamaan itu ialah derhaka, dijatuhi hukuman mati atau dikenakan apa-apa hukuman lain yang diperuntukkan oleh Akta ini; (b) jika kesalahan awam yang bersamaan itu ialah bunuh, dijatuhi hukuman mati atau dikenakan apa-apa hukuman lain yang diperuntukkan oleh Akta ini; (c) jika kesalahan awam yang bersamaan itu ialah pematian orang, dijatuhi hukuman pemenjaraan atau dikenakan apaapa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini; (d) jika kesalahan awam yang bersamaan itu ialah rogol, dijatuhi hukuman pemenjaraan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini; dan (e) dalam apa-apa hal lain, dikenakan apa-apa hukuman yang boleh dijatuhkan oleh sesuatu mahkamah awam bagi kesalahan awam yang bersamaan, iaitu suatu hukuman yang diperuntukkan oleh Akta ini, atau sesuatu hukuman yang lebih ringan daripada hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh sesuatu mahkamah awam, sebagaimana yang diperuntukkan sedemikian: Dengan syarat bahawa jika sesuatu mahkamah awam tidak boleh menjatuhkan hukuman pemenjaraan, seseorang yang telah disabitkan sedemikian itu boleh dijatuhkan suatu hukuman yang lebih ringan daripada dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda bagi seseorang pegawai atau tahanan bagi seseorang askar-lasykar, sebagaimana yang diperuntukkan demikian. (4) Seseorang tidak boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera atas kesalahan derhaka, bunuh, pematian orang atau rogol kecuali pada masa melakukan kesalahan itu orang itu berada dalam perkhidmatan giat atau berkhidmat di luar Malaysia. Hukuman

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next