My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 89

Armed Forces Act 1972 s 89

s 89 Punishment of officers

(1) The punishments which may be awarded to an officer by sentence of a court-martial under this Act are, subject to the limitations hereinafter provided on the powers of certain courts-martial, those set out in the following scale; and in relation to an officer, references in this Act to punishments provided by this Act are references to those punishments. (2) The said scale is— (a) death; (b) imprisonment for a term not exceeding fourteen years; (c) dismissal with disgrace from His Majesty’s service; (d) dismissal from His Majesty’s service; (e) forfeiture of seniority of rank or, in the case of an officer whose promotion depends upon length of service, forfeiture of all or any part of his service for purposes of promotion; (f) dismissal of an officer from the ship to which he belongs; (g) fine; (h) severe reprimand; (i) reprimand; (j) where the offence has occasioned any expense, loss or damage, stoppages. (3) For the purposes of this Part a punishment specified in any paragraph of the said scale shall be treated as less than the punishments specified in the preceding paragraphs, and greater than those in the following paragraphs, of the scale. (4) Save as expressly provided by this Act, a court-martial shall award only one punishment in respect of all offences on which the accused is convicted. (5) Stoppages may be awarded by a court-martial either in addition to or without any other punishment. (6) A severe reprimand or reprimand may be awarded by a courtmartial in addition to forfeiture of seniority of rank or a fine. (7) Where an officer is sentenced to imprisonment he shall also be sentenced to be dismissed with disgrace from His Majesty’s service: Provided that, if the court-martial fails to sentence him to be dismissed with disgrace from His Majesty’s service, the sentence of imprisonment shall not be invalid but shall be deemed to include a sentence of dismissal with disgrace from His Majesty’s service.

Malay text (authoritative)

Hukuman bagi pegawai

(1) Hukuman yang boleh dijatuhkan ke atas seseorang pegawai oleh mahkamah tentera di bawah Akta ini, tertakluk pada had yang diperuntukkan kemudian daripada ini mengenai kuasa mahkamah tentera yang tertentu, ialah hukuman yang dinyatakan dalam skala yang berikut; dan berhubung dengan seseorang pegawai, sebutan dalam Akta ini mengenai hukuman yang diperuntukkan oleh Akta ini ialah sebutan mengenai hukuman itu. (2) Skala tersebut ialah— (a) hukuman mati; (b) pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi empat belas tahun; (c) dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda; (d) dibuang kerja daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda; (e) pelucuthakan kekananan pangkat atau, bagi seseorang pegawai yang kenaikan pangkatnya bergantung kepada lamanya perkhidmatan, pelucuthakan seluruh atau manamana bahagian perkhidmatannya bagi maksud kenaikan pangkat; (f) dibuang kerja seseorang pegawai itu daripada kapal dia berkhidmat; (g) denda; (h) amaran keras; (i) amaran; (j) jika kesalahan itu telah menyebabkan apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan, tahanan gaji. (3) Bagi maksud Bahagian ini sesuatu hukuman yang dinyatakan dalam mana-mana perenggan skala tersebut hendaklah dikira sebagai lebih ringan daripada hukuman yang dinyatakan dalam perenggan sebelumnya, dan lebih berat daripada hukuman dalam perenggan yang berikutnya, dalam skala itu. (4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Akta ini, sesuatu mahkamah tentera hendaklah menjatuhkan satu hukuman sahaja berkenaan dengan semua kesalahan yang mengenainya tertuduh itu telah disabitkan. (5) Tahanan gaji boleh dikenakan oleh sesuatu mahkamah tentera sama ada sebagai tambahan kepada atau tanpa apa-apa hukuman lain. (6) Sesuatu amaran keras atau amaran boleh dikenakan oleh mahkamah tentera sebagai tambahan kepada pelucuthakan kekananan pangkat atau denda. (7) Jika seseorang pegawai dihukum dengan pemenjaraan dia juga hendaklah dihukum supaya dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda: Dengan syarat bahawa, jika mahkamah tentera itu tidak menghukumnya supaya dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda, hukuman pemenjaraan itu sah tetapi hendaklah disifatkan sebagai termasuk suatu hukuman dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next