My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 93

Armed Forces Act 1972 s 93

s 93 Arrest

(1) Every person subject to service law under this Act found committing an offence against any provision of this Act, or alleged to have committed or reasonably suspected of having committed any such offence, may be arrested in accordance with the following provisions. (2) An officer may be arrested by an officer of the regular forces of superior rank, or if engaged in a mutiny, quarrel or disorder, by such an officer of any rank. (3) A serviceman or a volunteer (when subject to service law under this Act) may be arrested by any officer, warrant officer or noncommissioned officer of the regular forces: Provided that a person shall not be arrested by virtue of this subsection except by a person of superior rank. (4) A rating exercising authority as a member of the regulating staff or as a member of the staff of the officer of the watch may arrest any rating. (5) A provost officer or any officer, warrant officer or noncommissioned officer or rating legally exercising authority under a provost officer, may arrest any officer, serviceman or volunteer (when subject to service law under this Act): Provided that an officer shall not be arrested by virtue of this subsection except on the order of another officer. (6) The power of arrest given to any person by this section may (subject to the provisions of any regulations made under this Act) be exercised either personally or by ordering into arrest the person to be arrested or by giving orders for that person’s arrest. (7) In this section the expressions “officer of the regular forces” and “warrant officer or non-commissioned officer of the regular forces” include an officer, warrant officer or non-commissioned officer of any of the volunteer forces when they are subject to service law under this Act and of any foreign force duly appointed, seconded or attached to any of the regular forces or when such members of a foreign force are serving together or acting in combination with any of the regular forces under subsections 17(3) and (4) of the Visiting Forces Act 1960.

Malay text (authoritative)

Penangkapan

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang didapati melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini, atau dikatakan telah melakukan atau semunasabahnya disyaki telah melakukan apa-apa kesalahan itu, boleh ditangkap mengikut peruntukan yang berikut. (2) Seseorang pegawai boleh ditangkap oleh seseorang pegawai angkatan tetap yang berpangkat atasan, atau jika mengambil bahagian dalam sesuatu dahagi, pergaduhan atau kekacauan, oleh seseorang pegawai daripada apa-apa jua pangkat. (3) Seseorang askar-lasykar atau anggota sukarela (apabila tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini) boleh ditangkap oleh mana-mana pegawai, pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah angkatan tetap: Dengan syarat bahawa seseorang itu tidak boleh ditangkap menurut kuasa subseksyen ini kecuali oleh seseorang yang berpangkat atasan. (4) Seseorang lasykar yang menjalankan kuasa sebagai seorang anggota turus yang mengatur atau sebagai anggota turus yang mengawas boleh menangkap mana-mana lasykar. (5) Seseorang pegawai provos atau mana-mana pegawai, pegawai waran, pegawai tidak bertauliah atau lasykar yang menjalankan kuasa di sisi undang-undang di bawah seseorang pegawai provos, boleh menangkap mana-mana pegawai, askar-lasykar atau anggota sukarela (apabila tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini): Dengan syarat bahawa seseorang pegawai tidak boleh ditangkap menurut kuasa subseksyen ini kecuali atas perintah seseorang pegawai lain. (6) Kuasa menangkap yang diberikan kepada mana-mana orang oleh seksyen ini boleh (tertakluk pada peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini) dijalankan sama ada sendiri atau dengan memerintahkan supaya ditangkap orang yang hendak ditangkap itu atau dengan memberikan perintah terhadap penangkapan orang itu. (7) Dalam seksyen ini ungkapan “pegawai angkatan tetap” dan “pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah angkatan tetap” termasuklah seseorang pegawai, pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah mana-mana angkatan sukarela apabila mereka tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan mana-mana angkatan asing yang dilantik, dipinjamkan atau ditugaskan dengan sewajarnya kepada mana-mana angkatan tetap atau apabila anggota sesuatu angkatan asing berkhidmat atau bertindak bersama dengan mana-mana angkatan tetap di bawah peruntukan subseksyen 17(3) dan (4) Akta Angkatan Pelawat 1960.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next