My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 94

Armed Forces Act 1972 s 94

s 94 Provisions for avoiding delay after arrest

(1) The allegations against any person subject to service law under this Act who is under arrest shall be duly investigated without unnecessary delay, and as soon as may be either proceedings shall be taken for punishing his offence or he shall be released from arrest. (2) Wherever any person subject to service law under this Act having been taken into service custody, remains under arrest for a longer period than eight days without a court-martial for his trial being assembled, a special report for the necessity for further delay shall be made by his commanding officer to the prescribed authority in the prescribed manner, and a similar report to the like authority and in the like manner every eight days until a court-martial is assembled or the offence is dealt with summarily or he is released from arrest: Provided that in the case of a person on active service, compliance with this subsection shall be excused in so far as it is not reasonably practicable, having regard to the exigency of operations. (3) For the purposes of subsection 64(1) the question whether there has been unnecessary delay in the taking of any steps for the investigation of allegations against a person under arrest shall be determined without regard to the provisions of the last foregoing subsection.

Malay text (authoritative)

Peruntukan bagi mengelakkan kelengahan selepas penangkapan

(1) Pengataan terhadap mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang berada dalam tangkapan hendaklah disiasat dengan sewajarnya tanpa kelengahan yang tidak perlu, dan dengan seberapa segera yang boleh hendaklah sama ada dibicarakan untuk menghukum kesalahannya atau dia dilepaskan daripada tangkapan. (2) Jika mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini setelah ditahan dalam jagaan perkhidmatan, masih berada dalam tangkapan selama tempoh melebihi lapan hari tanpa diadakan suatu mahkamah tentera bagi perbicaraannya, suatu laporan khas tentang perlunya dilengahkan selanjutnya hendaklah dibuat oleh pegawai memerintahnya itu kepada pihak berkuasa yang ditetapkan mengikut cara yang ditetapkan, dan juga suatu laporan yang serupa itu kepada pihak berkuasa itu dan mengikut cara itu tiap-tiap lapan hari sehingga suatu mahkamah tentera diadakan atau kesalahan itu dibicarakan terus atau dia dilepaskan daripada tangkapan: Dengan syarat bahawa bagi seseorang yang berada dalam perkhidmatan giat, subseksyen ini tidak kena dipatuhi setakat yang tidak dapat dilakukan dengan munasabah, memandangkan kepada kepentingan operasi. (3) Bagi maksud subseksyen 64(1) soal sama ada berlakunya kelengahan yang tidak perlu dalam mengambil apa-apa langkah bagi menyiasat pengataan terhadap seseorang yang berada dalam tangkapan hendaklah diputuskan tanpa menghiraukan peruntukan subseksyen yang akhir disebut.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next