My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 First Schedule

Armed Forces Act 1972 First Schedule

First Schedule FIRST SCHEDULESupplementary

[Section 18] 1. The Magistrate or recruiting officer shall warn the person to be enlisted that if he makes any false answers to the questions to be read out to him, he shall be liable to be punished under section 19 of this Act. 2. He shall then read, or cause to be read, to that person the questions set out in the attestation paper and shall satisfy himself that the person understands each of those questions and that his answers thereto have been duly recorded in the attestation paper. 3. He shall then ask that person to make and sign the declaration set out in the attestation paper as to the truth of the answers and shall administer to him the oath set out in the attestation paper. 4. Upon signing the declaration and taking the oath, the said person shall be a soldier, sailor or airman, as the case may be, of the regular forces. The Magistrate or recruiting officer shall by signature attest, in the manner required by the attestation paper, that the requirements of this Act as to the attestation of the person have been carried out, and shall deliver the attestation paper duly dated to the officer who for the time being is in charge of the records of the force. 5. When the person is finally approved for service the officer by whom he is approved shall at his request furnish him with a certified true copy of his attestation paper.

Malay text (authoritative)

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 18] 1. Majistret atau pegawai merekrut hendaklah memberi amaran kepada orang yang akan diambil masuk bahawa jika dia memberikan apa-apa jawapan yang palsu kepada soalan-soalan yang akan dibacakan kepadanya, dia boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 19 Akta ini. 2. Dia hendaklah kemudiannya membaca, atau menyebabkan supaya dibaca, kepada orang itu soalan yang dinyatakan dalam kertas pengakusaksian dan hendaklah memuaskan hatinya bahawa orang itu memahami setiap soalan itu dan bahawa jawapannya telah direkodkan dengan sewajarnya dalam kertas pengakusaksian itu. 3. Dia hendaklah kemudiannya menyuruh orang itu membuat dan menandatangani akuan yang dinyatakan dalam kertas pengakusaksian itu berkenaan dengan kebenaran jawapan dan hendaklah mentadbirkan kepadanya sumpah yang dinyatakan dalam kertas pengakusaksian itu. 4. Apabila menandatangani akuan itu dan mengambil sumpah itu, orang tersebut hendaklah menjadi seorang soldadu, kelasi atau askar udara, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam angkatan tetap. Majistret atau pegawai merekrut hendaklah mengakusaksikan dengan tandatangan, mengikut cara yang dikehendaki oleh kertas pengakusaksian itu, bahawa kehendak Akta ini berkenaan dengan pengakusaksian orang itu telah dijalankan, dan hendaklah menyampaikan kertas pengakusaksian itu yang bertarikh dengan sewajarnya kepada pegawai yang pada masa itu menjaga rekod angkatan itu. 5. Apabila orang itu akhirnya diluluskan untuk berkhidmat, pegawai yang meluluskannya hendaklah atas permintaannya memberikannya suatu salinan kertas pengakusaksiannya yang diperakui sah.

Read this section in the full act →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next