My bookmarksSign up free
← Malaysian Aviation Commission Act 2015

Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 17

Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 17

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 17 Functions of the Commission

(1) The Commission shall have the following functions: (a) to regulate economic matters relating to the civil aviation industry including— (i) to improve connectivity, both globally and locally, so as to promote economic ties, integration and growth, and trade, investment and tourism; (ii) to encourage effective competition within the civil aviation industry by promoting an economic environment which allows Malaysian carriers to maintain their ability to compete effectively in the civil aviation market in a sustainably profitable, efficient and fair manner; (iii) to promote the efficient, economic and profitable operation of aerodromes and ground handling services; (iv) to promote timely investments in the civil aviation industry to meet Malaysia’s evolving demand and development needs; and (v) to maximise the economic value of any financial support granted by the Federal Government to the civil aviation industry and to seek and promote ways to reduce any such financial support over time; (b) to provide a mechanism for the protection of consumers including— (i) to promote an environment which allows consumers in relation to the civil aviation industry to have access in a transparent manner to choices of products and services of high quality and at fair prices; (ii) to receive and disseminate information and views on matters of interest to consumers or services provided by licensees and permit holders; (iii) to consult the industry, government and other consumer groups on matters of interest to consumers; and (iv) to provide a mechanism for the resolution of consumer complaints; (c) to provide a mechanism for dispute resolution between the providers of aviation services; (d) to administer, allocate and manage air traffic rights; (e) to monitor slot allocation for airlines or other aircraft operators; (f) to administer and manage public service obligations; (g) to facilitate and co-ordinate matters of interest to the Malaysian civil aviation industry between the providers of aviation services and government agencies, locally and internationally; and (h) to perform any other functions that are incidental or consequential to any of its functions under this Act. (2) Subject to this Act, the Commission shall be independent in the performance of its functions. (3) The Commission in performing its functions shall have regard to any international agreement to which Malaysia is a party and shall not act contrary to the international obligation or the interest of Malaysia.

Malay text (authoritative)

Fungsi Suruhanjaya

(1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk mengawal selia perkara ekonomi yang berhubungan dengan industri penerbangan awam termasuklah― (i) untuk memperbaiki perhubungan, di peringkat global dan tempatan, supaya dapat menggalakkan pertalian ekonomi, integrasi dan pertumbuhan, dan perdagangan, pelaburan dan pelancongan; (ii) untuk menggalakkan persaingan yang berkesan dalam industri penerbangan awam dengan menggalakkan suatu persekitaran ekonomi yang membenarkan syarikat penerbangan Malaysia mengekalkan keupayaan mereka untuk bersaing dengan berkesan dalam pasaran penerbangan awam melalui cara yang menguntungkan, cekap dan adil yang mampan; (iii) untuk menggalakkan pengendalian aerodrom dan perkhidmatan pengendalian darat yang cekap, ekonomi dan menguntungkan; (iv) untuk menggalakkan pelaburan yang tepat pada waktunya dalam industri penerbangan awam bagi memenuhi permintaan dan keperluan pembangunan Malaysia yang semakin berkembang; dan (v) untuk memaksimumkan nilai ekonomi mana-mana bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada industri penerbangan awam dan untuk mendapatkan dan menggalakkan cara untuk mengurangkan apa-apa bantuan kewangan sedemikian mengikut masa; (b) untuk memperuntukkan suatu mekanisme bagi perlindungan pengguna termasuklah― (i) untuk menggalakkan suatu persekitaran yang membenarkan pengguna berhubung dengan industri penerbangan awam mendapat akses dengan cara yang telus kepada pilihan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan pada harga yang berpatutan; (ii) untuk menerima dan menyebarkan maklumat dan pandangan mengenai perkara yang menjadi kepentingan kepada pengguna atau perkhidmatan yang diberikan oleh pemegang lesen dan pemegang permit; (iii) untuk berunding dengan industri, kerajaan dan kumpulan pengguna lain mengenai perkara yang menjadi kepentingan kepada pengguna; dan (iv) untuk memperuntukkan suatu mekanisme bagi penyelesaian aduan pengguna; (c) untuk memperuntukkan suatu mekanisme bagi penyelesaian pertikaian antara penyedia perkhidmatan penerbangan; (d) untuk mentadbir, menguntukkan dan menguruskan hak trafik udara; (e) untuk memantau penguntukan slot bagi syarikat penerbangan atau pengendali pesawat udara lain; (f) untuk mentadbir dan menguruskan obligasi perkhidmatan awam; (g) untuk memudahkan dan menyelaras perkara yang menjadi kepentingan kepada industri penerbangan awam Malaysia antara penyedia perkhidmatan penerbangan dengan agensi kerajaan, di peringkat tempatan dan antarabangsa; dan (h) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan atau berbangkit daripada mana-mana fungsinya di bawah Akta ini. (2) Tertakluk kepada Akta ini, Suruhanjaya hendaklah bebas dalam melaksanakan fungsinya. (3) Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya hendaklah mengambil kira apa-apa perjanjian antarabangsa yang Malaysia merupakan suatu pihak kepadanya dan hendaklah tidak bertindak berlawanan dengan obligasi antarabangsa atau kepentingan Malaysia.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 771 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next