Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 49
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 49 Prohibited agreement
(1) An agreement between enterprises is prohibited insofar as the agreement has the object or effect of significantly preventing, restricting or distorting competition in any aviation service market.
(2) Without prejudice to the generality of subsection (1), a horizontal agreement between enterprises which has the object to—
(a) fix, directly or indirectly, a purchase or selling price or any other trading conditions;
(b) share the aviation service market or sources of supply;
(c) limit or control—
(i) production;
(ii) market outlets or market access;
(iii) technical or technological development; or
(iv) investment; or
(d) perform an act of bid rigging,
in connection with aviation services, is deemed to have the object of significantly preventing, restricting, or distorting competition in any aviation service market.
(3) Any enterprise which is a party to an agreement which is prohibited under this section shall be liable for infringement of the prohibition.
Malay text (authoritative)
Perjanjian yang dilarang
(1) Suatu perjanjian antara perusahaan dilarang setakat yang perjanjian itu mempunyai matlamat atau kesan menghalang, menyekat
atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu perjanjian mendatar antara perusahaan yang mempunyai matlamat untuk—
(a) menetapkan, secara langsung atau tidak langsung, suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain;
(b) berkongsi pasaran perkhidmatan penerbangan atau punca bekalan;
(c) membataskan atau mengawal―
(i) pengeluaran;
(ii) saluran keluar pasaran atau capaian pasaran;
(iii) pembangunan teknikal atau teknologi; atau
(iv) pelaburan; atau
(d) melakukan suatu perbuatan tipuan bida,
berkaitan dengan perkhidmatan penerbangan, disifatkan mempunyai matlamat untuk menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan.
(3) Mana-mana perusahaan yang merupakan suatu pihak kepada suatu perjanjian yang dilarang di bawah seksyen ini adalah bertanggungan bagi pelanggaran larangan itu.
Read this section in the full act → · Open Division 2 →
Find Act 771 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).