My bookmarksSign up free
← Malaysian Aviation Commission Act 2015

Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 48

Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 48

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 48 Application of this Part

(1) This Part applies to any commercial activity, agreement or merger affecting aviation services both within and, subject to subsection (2), outside Malaysia. (2) In relation to the application of this Part outside Malaysia, this Part applies to any commercial activity, agreement or merger transacted or executed outside Malaysia which has an effect on competition in any aviation service market in Malaysia. (3) This Part shall not apply to any commercial activity, agreement or merger specified in the Third Schedule. (4) For the purposes of this Part, “commercial activity” means any activity of a commercial nature but does not include— (a) any activity, directly or indirectly, in the exercise of governmental authority; (b) any activity conducted based on the principle of solidarity; and (c) any purchase of aviation services not for the purposes of offering aviation services as part of an economic activity.

Malay text (authoritative)

Pemakaian Bahagian ini

(1) Bahagian ini terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial, perjanjian atau percantuman yang menyentuh perkhidmatan penerbangan, kedua-duanya di dalam dan, tertakluk kepada subseksyen (2), di luar Malaysia. (2) Berhubung dengan pemakaian Bahagian ini di luar Malaysia, Bahagian ini terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial, perjanjian atau percantuman yang dibuat atau dilaksanakan di luar Malaysia yang mempunyai kesan terhadap persaingan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan di Malaysia. (3) Bahagian ini tidak terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial, perjanjian atau percantuman yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga. (4) Bagi maksud Bahagian ini, “aktiviti komersial” ertinya apa-apa aktiviti yang bersifat komersial tetapi tidak termasuk— (a) apa-apa aktiviti, secara langsung atau tidak langsung, dalam penjalanan kuasa kerajaan; (b) apa-apa aktiviti yang dijalankan berasaskan pada prinsip perpaduan; dan (c) apa-apa pembelian perkhidmatan penerbangan yang bukan bagi maksud untuk menawarkan perkhidmatan penerbangan sebagai sebahagian daripada suatu aktiviti ekonomi. Penggal 2 Perjanjian antipersaingan

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 771 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next