My bookmarksSign up free
← Malaysian Aviation Commission Act 2015

Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 47

Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 47

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 47 Interpretation

In this Part, unless the context otherwise requires— “concerted practice” means any form of coordination between enterprises which knowingly substitutes practical co-operation between them for the risks of competition and includes any practice which involves direct or indirect contact or communication between enterprises, the object or effect of which is either— (a) to influence the conduct of one or more enterprises in an aviation service market; or (b) to disclose the course of conduct which an enterprise has decided to adopt or is contemplating to adopt in an aviation service market, in circumstances where such disclosure would not have been made under normal conditions of competition; “dominant position” means a situation in which one or more enterprises possess such significant power in an aviation service market to adjust prices or outputs or trading terms, without effective constraint from competitors or potential competitors; “aviation service market” means a market for aviation services in Malaysia or in any part of Malaysia; “agreement” means any form of contract, arrangement or understanding, whether or not legally enforceable, between enterprises, and includes a horizontal agreement, a vertical agreement, an airline code sharing, alliance, partnership or joint venture agreement, a decision by an association and concerted practices; “horizontal agreement” means an agreement between enterprises each of which operates at the same level in the production or distribution chain; “vertical agreement” means an agreement between enterprises each of which operates at a different level in the production or distribution chain; and “enterprise” means any individual, body corporate, unincorporated body of persons or any other entity carrying on commercial activities relating to aviation services, and for the purposes of this Act, a parent and subsidiary company shall be regarded as a single enterprise if, despite their separate legal entity, they form a single economic unit within which the subsidiaries do not enjoy real autonomy in determining their actions in the aviation service market.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “amalan bersepadu” ertinya apa-apa bentuk penyelarasan antara perusahaan yang dengan diketahui menggantikan kerjasama amali antara mereka bagi risiko persaingan dan termasuklah apa-apa amalan yang melibatkan hubungan atau komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara perusahaan, yang matlamatnya atau kesannya adalah sama ada— (a) untuk mempengaruhi perlakuan satu perusahaan atau lebih dalam pasaran perkhidmatan penerbangan; atau (b) untuk mendedahkan penjalanan perlakuan yang diputuskan untuk diambil oleh suatu perusahaan atau yang hendak diambil olehnya dalam pasaran perkhidmatan penerbangan, dalam hal keadaan yang pendedahan itu tidak akan dibuat di bawah keadaan biasa persaingan; “kedudukan dominan” ertinya suatu keadaan yang dalamnya satu perusahaan atau lebih mempunyai kuasa yang signifikan dalam suatu pasaran perkhidmatan penerbangan untuk melaraskan harga atau output atau terma perdagangan, tanpa kekangan yang berkesan daripada pesaing atau pesaing berpotensi; “pasaran perkhidmatan penerbangan” ertinya suatu pasaran bagi perkhidmatan penerbangan di Malaysia atau di mana-mana bahagian di Malaysia; “perjanjian” ertinya apa-apa bentuk kontrak, perkiraan atau persefahaman, sama ada boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang atau tidak, antara perusahaan, dan termasuklah suatu perjanjian mendatar, perjanjian menegak, perkongsian kod syarikat penerbangan, perikatan, perkongsian atau usaha sama, suatu keputusan oleh suatu persatuan dan amalan bersepadu; “perjanjian mendatar” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang sama dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran; “perjanjian menegak” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang berlainan dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran; dan “perusahaan” ertinya mana-mana individu, pertubuhan perbadanan, kumpulan orang yang tidak diperbadankan atau apa-apa entiti lain yang menjalankan aktiviti komersial yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan, dan bagi maksud Akta ini, suatu syarikat induk dan subsidiari hendaklah disifatkan sebagai perusahaan tunggal jika, walaupun mempunyai entiti yang berasingan di sisi undangundang, kedua-duanya membentuk suatu unit ekonomi tunggal yang dalamnya subsidiari-subsidiari itu tidak mempunyai autonomi sebenar dalam menentukan tindakan mereka dalam pasaran perkhidmatan penerbangan.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 771 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next