Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 52
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 52 Block exemption
(1) If agreements which fall within a particular category of agreements are, in the opinion of the Commission, likely to be agreements to which section 50 applies, the Commission may, by order published in the Gazette, grant an exemption to the particular category of agreements.
(2) An exemption granted under this section is referred to as a “block exemption”.
(3) An agreement which falls within a category specified in a block exemption is exempt from the prohibition under section 49.
(4) The Commission in granting the block exemption may impose any condition or obligation subject to which a block exemption shall have effect.
(5) A block exemption may provide that—
(a) if there is a breach of a condition imposed by the block exemption, the Commission may, by notice in writing, cancel the block exemption in respect of the agreement from the date of the breach;
(b) if there is a failure to comply with an obligation imposed by the block exemption, the Commission may, by notice in writing, cancel the block exemption in respect of the agreement;
(c) if the Commission considers that a particular agreement is not one to which section 50 applies, the Commission may, by notice in writing, cancel the block exemption in respect of the agreement from such date as the Commission may specify;
(d) the block exemption shall cease to have effect at the end of a period specified in the order; or
(e) the block exemption is to have effect from a date earlier than that on which the order is made.
(6) The Commission shall, before granting a block exemption—
(a) publish details of the Commission’s proposed block exemption;
(b) give at least thirty days from the date of publication to allow any submission to be made by members of the public in relation to the proposed block exemption; and
(c) give due consideration to any submission made.
Malay text (authoritative)
Pengecualian blok
(1) Jika perjanjian-perjanjian yang tergolong dalam suatu kategori perjanjian tertentu berkemungkinan, pada pendapat Suruhanjaya, merupakan perjanjian-perjanjian yang baginya seksyen 50 terpakai, Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberikan suatu pengecualian kepada kategori perjanjian tertentu itu.
(2) Suatu pengecualian yang diberikan di bawah seksyen ini disebut sebagai “pengecualian blok”.
(3) Suatu perjanjian yang tergolong dalam suatu kategori yang dinyatakan dalam suatu pengecualian blok dikecualikan daripada larangan di bawah seksyen 49.
(4) Suruhanjaya dalam memberikan pengecualian blok boleh mengenakan apa-apa syarat atau obligasi yang tertakluk kepadanya suatu pengecualian blok itu berkuat kuasa.
(5) Suatu pengecualian blok boleh memperuntukkan bahawa—
(a) jika terdapat suatu pelanggaran syarat yang dikenakan oleh pengecualian blok itu, Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu dari tarikh pelanggaran itu;
(b) jika terdapat suatu kegagalan untuk mematuhi obligasi yang dikenakan oleh pengecualian blok itu, Suruhanjaya boleh,
melalui notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu;
(c) jika Suruhanjaya berpendapat bahawa suatu perjanjian tertentu bukanlah suatu perjanjian yang baginya seksyen 50 terpakai, Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu dari apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya;
(d) pengecualian blok itu hendaklah terhenti berkuat kuasa pada penghujung tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu; atau
(e) pengecualian blok itu hendaklah berkuat kuasa dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh perintah itu dibuat.
(6) Suruhanjaya hendaklah, sebelum memberikan suatu pengecualian blok—
(a) menyiarkan butir-butir pengecualian blok yang dicadangkan oleh Suruhanjaya itu;
(b) memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari dari tarikh penyiaran untuk membenarkan apa-apa penghujahan dibuat oleh orang awam berhubung dengan pengecualian blok yang dicadangkan itu; dan
(c) memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat.
Penggal 3 Penyalahgunaan kedudukan dominan
Read this section in the full act → · Open Division 2 →
Find Act 771 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).