Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 55
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 55 Notification of anticipated merger
(1) A party to an anticipated merger of the relevant type which applies for the anticipated merger to be considered under this section may—
(a) notify the Commission of the anticipated mergr; and
(b) apply to it for a decision
(2) Subject to sections 59 and 62, on an application under this section, the Commission may make a decision as to—
(a) whether the prohibition in section 54 will be infringed by the anticipated merger, if carried into effect; and
(b) if it will not be infringed, whether it is—
(i) because of the effect of an exclusion which will apply if the anticipated merger is carried into effect;
(ii) because the anticipated merger, if carried into effect, is exempted by the Minister from the application of the prohibition under subsection 59(2); or
(iii) because an undertaking has been accepted pursuant to section 62.
(3) Subject to subsection (4), where the Commission makes a decision that an anticipated merger, if carried into effect, will not infringe the prohibition in section 54, the Commission may, if it thinks fit, state that the decision shall be valid only for the period it specifies therein.
(4) Before the expiry of the period referred to in subsection (3), if any, an application may be made by all parties to the anticipated merger who applied to the Commission for a decision on the anticipated merger under this section for that period to be extended.
(5) Where an application for an anticipated merger to be considered has been made to the Commission in accordance with subsection (1) and the anticipated merger is carried into effect before the Commission makes a decision under subsection (2) in respect thereof, the application relating to the anticipated merger—
(a) may be treated by the Commission as if it were an application for the resulting merger to be considered made in accordance with section 56; and
(b) the Commission may make a decision under section 56 in respect of the resulting merger.
(6) For the purpose of subsection (5), the Commission may make a decision under subparagraph 56(2)(b)(ii) notwithstanding the exemption was granted by the Minister under subsection 59(2) in respect of the anticipated merger.
(7) Notwithstanding subsection (5), the Commission may refuse to make any decision in respect of a merger referred to therein and require any party involved in the merger to apply to the Commission for the merger to be considered under subsection 56(1).
(8) In this section, “an anticipated merger of the relevant type” means an anticipated merger of the type described by guidelines made under paragraph 65(2)(c).
Malay text (authoritative)
Pemberitahuan percantuman yang dijangkakan
(1) Suatu pihak kepada percantuman yang dijangkakan bagi jenis yang berkaitan yang memohon supaya percantuman yang dijangkakan dipertimbangkan di bawah seksyen ini boleh—
(a) memberitahu Suruhanjaya mengenai percantuman yang dijangkakan itu; dan
(b) memohon kepadanya bagi suatu keputusan.
(2) Tertakluk kepada seksyen 59 dan 62, atas suatu permohonan di bawah seksyen ini, Suruhanjaya boleh membuat keputusan mengenai—
(a) sama ada larangan dalam seksyen 54 akan dilanggar oleh percantuman yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan; dan
(b) jika larangan tidak dilanggar, sama ada hal sedemikian adalah―
(i) disebabkan oleh kesan suatu pengecualian yang akan terpakai jika percantuman yang dijangkakan itu dilaksanakan;
(ii) disebabkan oleh percantuman yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan, dikecualikan oleh Menteri daripada pemakaian larangan di bawah subseksyen 59(2); atau
(iii) disebabkan oleh suatu aku janji telah diterima menurut seksyen 62.
(3) Tertakluk kepada subseksyen (4), jika Suruhanjaya membuat keputusan bahawa suatu percantuman yang dijangkakan, jika dilaksanakan, tidak akan melanggar larangan dalam seksyen 54, Suruhanjaya boleh, jika difikirkannya patut, menyatakan bahawa keputusan itu hendaklah sah hanya bagi tempoh yang dinyatakan dalamnya.
(4) Sebelum tamatnya tempoh yang disebut dalam subseksyen (3), jika ada, suatu permohonan boleh dibuat oleh kesemua pihak kepada percantuman yang dijangkakan itu yang memohon kepada
Suruhanjaya untuk suatu keputusan mengenai percantuman yang dijangkakan di bawah seksyen ini supaya tempoh itu dilanjutkan.
(5) Jika suatu permohonan bagi percantuman yang dijangkakan untuk dipertimbangkan telah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut subseksyen (1) dan percantuman yang dijangkakan itu dilaksanakan sebelum Suruhanjaya membuat keputusan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengannya, permohonan yang berhubungan dengan percantuman yang dijangkakan itu―
(a) boleh dianggap oleh Suruhanjaya seolah-olah ia adalah permohonan bagi percantuman yang berbangkit yang hendak dipertimbangkan yang dibuat mengikut seksyen 56; dan
(b) Suruhanjaya boleh membuat keputusan di bawah seksyen 56 berkenaan dengan percantuman yang berbangkit itu.
(6) Bagi maksud subseksyen (5), Suruhanjaya boleh membuat suatu keputusan di bawah subperenggan 56(2)(b)(ii) walaupun pengecualian diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 59(2) berkenaan dengan percantuman yang dijangkakan itu.
(7) Walau apa pun subseksyen (5), Suruhanjaya boleh menolak untuk membuat apa-apa keputusan berkenaan dengan percantuman yang disebut dalamnya dan menghendaki mana-mana pihak yang terlibat dalam percantuman itu memohon kepada Suruhanjaya supaya percantuman itu dipertimbangkan di bawah subseksyen 56(1).
(8) Dalam seksyen ini, “percantuman yang dijangkakan bagi jenis yang berkaitan” ertinya suatu percantuman yang dijangkakan bagi jenis yang diperihalkan oleh garis panduan yang dibuat di bawah perenggan 65(2)(c).
Read this section in the full act → · Open Division 4 →
Find Act 771 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).