My bookmarksSign up free
← Malaysian Aviation Commission Act 2015

Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 59

Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 59

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 59 Finding of an infringement

(1) If the Commission determines that there is an infringement of a prohibition under this Part, the Commission— (a) shall require that the infringement to be ceased immediately; (b) may specify steps which are required to be taken by the infringing enterprise, which appear to the Commission to be appropriate for bringing the infringement to an end; (c) may impose a financial penalty which shall not exceed ten percent of the worldwide turnover of the enterprise over the period during which an infringement occurred; or (d) may give any other direction as it deems appropriate. (2) The Commission shall, within fourteen days of making a decision under this Part, notify any person affected by the decision and the person may, within fourteen days of the date of the notice, apply to the Minister for the applicable commercial activity, agreement, merger or anticipated merger, as the case may be, to be exempted from the prohibition on the ground of any public interest consideration. (3) The Minister may revoke the exemption granted under subsection (2) if the Minister has reasonable grounds for suspecting that the information on which he based his decision was incomplete, false or misleading in a material particular. (4) The Commission shall prepare and publish reasons for each decision it makes under this section.

Malay text (authoritative)

Dapatan pelanggaran

(1) Jika Suruhanjaya memutuskan bahawa terdapat pelanggaran suatu larangan di bawah Bahagian ini, Suruhanjaya— (a) hendaklah menghendaki supaya pelanggaran itu dihentikan dengan serta-merta; (b) boleh menyatakan langkah-langkah yang dikehendaki untuk diambil oleh perusahaan yang melanggar, yang pada hemat Suruhanjaya adalah sesuai untuk menghentikan pelanggaran itu; (c) boleh mengenakan penalti kewangan yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada pusing ganti seluruh dunia suatu perusahaan sepanjang tempoh pelanggaran itu berlaku; atau (d) boleh memberikan apa-apa arahan lain yang difikirkannya sesuai. (2) Suruhanjaya hendaklah, dalam masa empat belas hari selepas membuat keputusan di bawah Bahagian ini, memberitahu mana-mana orang yang terjejas dengan keputusan itu dan orang itu boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh notis itu, memohon kepada Menteri bagi aktiviti komersial, perjanjian, percantuman atau percantuman yang dijangkakan yang terpakai, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya dikecualikan daripada larangan itu atas alasan pertimbangan kepentingan awam. (3) Menteri boleh membatalkan pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (2) jika Menteri mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa maklumat yang berdasarkannya keputusan dibuat adalah tidak lengkap, palsu atau mengelirukan dalam butir yang material. (4) Suruhanjaya hendaklah menyediakan dan menyiarkan sebabsebab bagi setiap keputusan yang dibuatnya di bawah seksyen ini.

Read this section in the full act → · Open Division 5 →

Find Act 771 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next