Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 87
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 87 Threat or reprisal prohibited
(1) No person shall—
(a) coerce or attempt to coerce any person to refrain from doing any act referred to in subsection (3); or
(b) subject any person to any commercial or other disadvantage as a reprisal against the person for doing any act referred to in subsection (3).
(2) For the purposes of and without prejudice to the generality of paragraph (1)(b), the commercial or other disadvantage may include a threat of late payment of amounts properly due to the person, the unreasonable bringing or conduct of litigation against the person, the cancellation of orders with the person, or the diversion of business from, or refusal to trade with, the person.
(3) The acts referred to in subsection (1) are as follows:
(a) making a complaint to the Commission; and
(b) co-operating with, or offering or agreeing to co-operate with, the Commission in connection with any investigation by the Commission.
(4) Any person who contravenes this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both; and for a second or subsequent offence, to a fine not exceeding two million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.
Malay text (authoritative)
Ancaman atau tindakan balas dilarang
Tiada seorang pun boleh—
(a) memaksa atau cuba untuk memaksa mana-mana orang untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3); atau
(b) menjadikan mana-mana orang tertakluk kepada apa-apa keadaan merugikan dari segi komersial atau selainnya sebagai tindakan balas terhadap orang itu kerana melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3).
(2) Bagi maksud dan tanpa menjejaskan keluasan perenggan
(1)(b), keadaan merugikan dari segi komersial atau selainnya boleh termasuk suatu ancaman pembayaran lewat untuk amaun yang kena dibayar dengan sewajarnya kepada orang itu, pembawaan atau penjalanan yang tidak munasabah litigasi terhadap orang itu, pembatalan pesanan dengan orang itu, atau pengalihan perniagaan daripada, atau keengganan untuk berdagang dengan, orang itu.
(3) Perbuatan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah seperti yang berikut:
(a) membuat suatu aduan kepada Suruhanjaya; dan
(b) bekerjasama dengan, atau menawarkan atau bersetuju untuk bekerjasama dengan, Suruhanjaya berkaitan dengan apa-apa penyiasatan oleh Suruhanjaya.
(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act → · Open Part XII →
Find Act 771 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).