Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 92
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 92 Offences by bodies corporate
(1) Where a person convicted in respect of any offence under this Act is a body corporate, it shall only be punished with the fine provided for such offence.
(2) Where an offence against this Act or any regulations made thereunder has been committed by a body corporate, any person who at the time of the commission of the offence was a director, a chief executive officer, an officer, an employee, a representative or the secretary of the body corporate or was purporting to act in such capacity or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the body corporate or was assisting in such management—
(a) may be charged severally or jointly in the same proceedings with the body corporate; and
(b) shall be deemed to have committed that offence unless he proves that the offence was committed without his consent or connivance and that he exercised all such due diligence to prevent the commission of the offence as he ought to have exercised, having regard to the nature of
his functions in that capacity and to all the circumstances.
(3) Where a person who is an employee of a body corporate contravenes any provision of this Act, that body corporate shall be deemed to have contravened such provision.
(4) For the purposes of this section, “officer”, in relation to a director of a corporation, includes—
(a) a person occupying or acting in the position of a director of the corporation, by whatever name called, and whether or not validly appointed to occupy or duly authorized to act in the position;
(b) a person in accordance with whose directions or instructions the directors of the corporation are accustomed to act; and
(c) if the corporation is incorporated outside Malaysia—
(i) a member of the corporation’s board;
(ii) a person occupying or acting in the position of director of the corporation’s board, by whatever name called, and whether or not validly appointed to occupy or duly authorized to act in the position; and
(iii) a person in accordance with whose directions or instructions the members of the corporation’s board are accustomed to act.
Malay text (authoritative)
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
(1) Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan manamana kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, ia hanya boleh dihukum dengan denda yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
(2) Jika suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai, pekerja, wakil atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat
bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
(b) hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankannya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan.
(3) Jika seseorang yang merupakan pekerja sesuatu pertubuhan perbadanan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan itu.
(4) Bagi maksud seksyen ini, “pegawai”, berhubung dengan seseorang pengarah suatu perbadanan, termasuklah—
(a) seseorang yang menjawat atau bertindak dalam kedudukan seorang pengarah perbadanan, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan sama ada atau tidak dilantik secara sah atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak atas kedudukan itu;
(b) seseorang yang mengikut arahannya atau suruhannya pengarah suatu perbadanan pada kebiasaannya bertindak; dan
(c) jika perbadanan itu diperbadankan di luar Malaysia—
(i) seorang anggota lembaga perbadanan itu;
(ii) seorang yang menjawat atau bertindak dalam kedudukan pengarah lembaga perbadanan, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan sama ada atau tidak
dilantik dengan sah untuk menjawat atau diberi kuasa sewajarnya untuk bertindak atas kedudukan itu; dan
(iii) seorang yang mengikut arahannya atau suruhannya anggota lembaga perbadanan pada kebiasaannya bertindak.
Read this section in the full act → · Open Part XIII →
Find Act 771 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).