(1) The office of a member of the Board appointed under paragraph 6(1)(b), (f), (g), (h) or (i) shall be vacated if—
(a) he dies;
(b) there has been proved against him, or he has been convicted of, a charge in respect of—
(i) an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude;
(ii) an offence under any law relating to corruption; or
(iii) any other offence punishable with imprisonment, in itself only or in addition to or in lieu of a fine, for more than two years;
(c) he becomes a bankrupt;
(d) he is of unsound mind or is otherwise incapable of discharging his duties;
(e) he absents himself from three consecutive meetings of the Board without leave from the Chairman;
(f) his resignation is accepted by the Minister; or
(g) his appointment is revoked by the Minister.
(2) Where a member appointed under paragraph 6(1)(b), (f),
(g), (h) or (i) ceases to be a member of the Board, by reason of any provision in this Act, the Minister may appoint another person to fill the vacancy for the remaining term for which the vacating member was appointed in accordance with the provisions applicable.
Malay text (authoritative)
Pengosongan jawatan
(1) Jawatan seseorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(b), (f), (g), (h) atau (i) hendaklah menjadi kosong jika—
(a) dia meninggal dunia;
(b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;
(c) dia menjadi bankrap;
(d) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(e) dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
(f) peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
(g) pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
(2) Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(b),
(f), (g), (h) atau (i) berhenti menjadi anggota Lembaga, oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).