Animal Welfare Act 2015 s 12
s 12 Meeting of the Board
(1) The Board shall meet as often as may be necessary for the performance of its function and such meetings are to be held at such places and times as the Chairman may decide.
(2) The Chairman shall preside at all meetings of the Board and if for any reason the Chairman is unable to attend, the Deputy Chairman shall preside over the meeting.
(3) If at any meeting of the Board, the Chairman and the Deputy Chairman are unable to attend, the meeting shall be adjourned.
(4) The Chairman and four other members of the Board shall form a quorum at any meeting of the Board.
(5) Where there is an equality of votes, the Chairman or the Deputy Chairman replacing the Chairman referred to in subsection (2) shall have the casting vote.
(6) The Board may invite any person to attend any meeting of the Board for the purpose of advising the Board on any matter under discussion, but the person so invited shall not be entitled to vote at the said meeting.
Malay text (authoritative)
Mesyuarat Lembaga
(1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekerap yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang diputuskan oleh Pengerusi.
(2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga dan jika bagi apa-apa sebab Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
(3) Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan.
(4) Pengerusi dan empat anggota lain Lembaga hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Lembaga.
(5) Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang menggantikan Pengerusi yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai undi pemutus.
(6) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga bagi maksud menasihati Lembaga tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat tersebut.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 772 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).