My bookmarksSign up free
← Animal Welfare Act 2015

Animal Welfare Act 2015 s 60

Animal Welfare Act 2015 s 60

s 60 Compounding of offences

(1) The Board may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, offer to compound any offence committed by any person under this Act or any of its subsidiary legislation by making a written offer to the person suspected of having committed the offence. (2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted, and where the amount specified in the offer under subsection (1) is not paid within the time specified in the offer or within such extended period as the Board or any animal welfare officer that the Board has delegated such power in writing, may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made. (3) W h e r e a n o ff e n c e h a s b e e n c o m p o u n d e d u n d e r subsection (1)— (a) no prosecution shall be instituted after that in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made; and (b) any animal, carcass, conveyance, substance or other thing seized from any premises shall be released or forfeited by the animal welfare officer after taking into consideration the nature of the offence and the condition of the animal, carcass, conveyance, substance or other thing in accordance with the term and conditions of the compound.

Malay text (authoritative)

Kesalahan yang boleh dikompaun

(1) Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, membuat tawaran untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki melakukan kesalahan itu. (2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Lembaga atau mana-mana pegawai kebajikan haiwan yang telah diwakilkan kuasa oleh Lembaga itu secara bertulis, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1)— (a) tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat; dan (b) mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang disita dari mana-mana premis boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh pegawai kebajikan haiwan selepas mengambil kira jenis kesalahan dan keadaan mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain mengikut terma dan syarat kompaun tersebut.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 772 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next