LawPlayer
My bookmarks
← Animal Welfare Act 2015

Animal Welfare Act 2015 s 62

Animal Welfare Act 2015 s 62

Act no.
Act 772
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Animal Welfare Act 2015 [Act 772], s 62

s 62 Power to make regulations

(1) The Minister may, after consulting the Board, make such regulations as may be expedient or necessary for the purpose of carrying into effect the provisions of this Act. (2) In particular and without prejudice to the generality of subsection (1), regulations may be made for the following purposes: (a) to prescribe all matters relating to subsection 24(1); (b) to prescribe all matters relating to the handling of animals; (c) to prescribe all matters relating to animals used in research, testing or teaching; (d) to prescribe all matters relating to the managing and up keeping of the experimental, rescued, rehabilitated and captured animals; (e) to prescribe matters relating to the maximum load, including any load occasioned by the weight of passengers, to be carried or drawn by any animal; (f) to prescribe all matters relating to the precautions to be taken in the transport of animals whether by rail, road, inland waterway, sea or air and in the cages or other receptacles or any manner in which the animal may be so transported; (g) to prescribe all matters relating to the handling of animals prior to the slaughter and the process of slaughtering; (h) to prescribe all matters relating to the training, housing, upkeep, exhibition, display or depiction of performing animal or the breeding or sale of animals; (i) to prescribe all matters relating to licensing; (j) to prescribe the fees payable under this Act; (k) to prescribe the offences which may be compounded; (l) to prescribe all matters relating to the costs which are recoverable under this Act and any of its subsidiary legislation, the amounts of those costs or the method by which they are to be assessed, the persons liable for payment of the costs and the circumstances in which the recovery of costs may be remitted or waived in whole or in part; (m) to prescribe all matters relating to the qualifications, experiences, conduct and duties of the animal welfare officer and voluntary animal welfare assistant; (n) to prescribe all matters relating to improvement notices; (o) to prescribe all matters relating to accepted veterinary management procedures; (p) to regulate training providers or its organization in the field of animal welfare including the training modules; and (q) to provide for such other matters as are contemplated by, or necessary for giving full effect to, the provisions of this Act and their due administration. (3) The regulations made under this section may prescribe any act in contravention of the regulations to be an offence and may prescribe penalties of a fine not more than ten thousand ringgit or imprisonment for a term not more than two years or both for such offence.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini. (2) Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut: (a) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan subseksyen 24(1); (b) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengendalian haiwan; (c) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan haiwan yang digunakan dalam penyelidikan, ujian atau pengajaran; (d) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengurusan dan penjagaan haiwan yang diuji kaji, yang diselamatkan, yang dipulihkan dan yang ditangkap; (e) untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan muatan maksimum, termasuklah apa-apa muatan disebabkan oleh berat penumpang, untuk dibawa atau ditarik oleh haiwan; (f) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan langkah-langkah yang harus diambil dalam mengangkut haiwan sama ada melalui rel, jalan, jalan air pedalaman, laut atau udara dan dalam sangkar atau bekas lain atau dengan apa-apa cara haiwan boleh diangkut; (g) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengendalian haiwan sebelum disembelih dan proses penyembelihan; (h) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan latihan, perumahan, penjagaan, pameran, pertunjukan, atau bagi penggambaran persembahan haiwan atau pembiakan atau penjualan haiwan; (i) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pelesenan; (j) untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini; (k) untuk menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun; (l) untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan kos yang boleh didapatkan di bawah Akta ini dan apa-apa perundangan subsidiarinya, amaun kos tersebut atau cara bagaimana ia dikira, orang yang bertanggungan terhadap pembayaran kos dan keadaan di mana mendapatkan kos boleh diremit atau dikecualikan secara keseluruhan atau sebahagiannya; (m) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan kelayakan, pengalaman, kelakuan dan tugas pegawai kebajikan haiwan dan pembantu sukarela kebajikan haiwan; (n) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan notis penambahbaikan; (o) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan tatacara pengurusan veterinar yang diterima pakai; (p) untuk mengawal selia pembekal latihan atau pertubuhannya dalam bidang kebajikan haiwan termasuk modul latihan; dan (q) untuk memperuntukkan apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan untuk pentadbiran sewajarnya. (3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Animal Welfare Act 2015, s 62 is headed “Power to make regulations” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Animal Welfare Act 2015, s 62 begins “(1) The Minister may, after consulting the Board, make such regulations as may be expedient or necessary for the purpose of carrying into…”.
Location
Animal Welfare Act 2015, s 62 is placed under “Part IX: GENERAL”.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Animal Welfare Act 2015, s 62 is s 61.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Animal Welfare Act 2015, s 62 is s 63.
Synced
LawPlayer last synced the text of Animal Welfare Act 2015 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Animal Welfare Act 2015, s 62 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

On LawPlayer, every section of a Malaysian Act has its own page, linked to the full Act and to its Parts and Chapters. The same site also covers Taiwan's statutes, court judgments and company registration records, and the legislation of 13 other jurisdictions.Malaysian law entry

What to look at next