My bookmarksSign up free
← Traditional and Complementary Medicine Act 2016

Traditional and Complementary Medicine Act 2016 s 53

Traditional and Complementary Medicine Act 2016 s 53

s 53 Search and seizure with warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath from an authorized officer and after such inquiry as the Magistrate considers necessary, that there is reasonable cause to believe that— (a) any premises has been used for or is about to be used for; or (b) there is in any premises evidence necessary to the conduct of an investigation into, the commission of an offence under this Act or any regulations made under this Act, the Magistrate may issue a warrant authorizing any authorized officer named in the warrant at any reasonable time by day or by night and with or without assistance, to enter the premises and if need be by force. (2) Without affecting the generality of subsection (1), the warrant issued by Magistrate may authorize the authorized officer to— (a) take samples of any traditional and complementary medicine goods; (b) request and take blood samples as a result of a report being made under section 31; (c) photograph or digitally record any situation, condition or state of the premises, building or facility or any part thereof; (d) request the production of any document, record, manual, book, material or other article maintained by the registered practitioner and may make copy of or extract from thereof; or (e) seize any document, record, manual, book, material or other article requested. (3) An authorized officer entering any premises under this section may take with him such other persons and equipment as may appear to him to be necessary. (4) An authorized officer conducting a search under subsection (1) may, for the purpose of investigating into the offence, search any person who is in or on the premises. (5) Whenever it is necessary to cause a woman to be searched, the search shall be made by another woman with strict regard to decency. (6) An authorized officer may, in the exercise of his powers under this section, if it is necessary so to do— (a) break open any outer or inner door of the premises or any fence, enclosure, gate or other obstruction to the premises, in order to effect entry into the premises; (b) remove by force any obstruction to entry, search, seizure and removal as he is empowered to effect under this section; and (c) detain any person found in the premises until the search has been completed. (7) If, by the reason of its nature, size or amount, it is not practicable to remove any receptacle, package, conveyance, book, document or other thing seized under this section, the authorized officer shall seal the conveyance, container or premises in which such receptacle, package, book, document or other thing is found. (8) Any person who, without lawful authority, breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (7) or removes any receptacle, package, conveyance, book, document or other thing seized under seal or attempts to do so, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Memeriksa dan merampas dengan waran

(1) Jika Majistret mendapati, atas keterangan bertulis secara bersumpah dari seorang pegawai diberi kuasa dan selepas siasatan yang sebagaimana Majistret itu fikirkan perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa— (a) mana-mana premis yang telah digunakan untuk atau akan digunakan untuk; atau (b) dalam mana-mana premis ada bukti yang memerlukan penyiasatan dijalankan ke atasnya, perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret hendaklah mengeluarkan suatu waran memberi kuasa kepada pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu pada bilabila masa yang munasabah pada waktu siang atau pada waktu malam dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki ke dalam premis dan jika perlu dengan paksa. (2) Tanpa menjejaskan keseluruhan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk— (a) mengambil sampel apa-apa barang ubat tradisional dan komplementari; (b) meminta dan mengambil sampel darah susulan daripada suatu laporan yang dibuat di bawah seksyen 31; (c) mengambil gambar atau merekod secara digital apa-apa kedudukan, keadaan atau taraf premis, bangunan atau kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya; (d) meminta mengemukakan apa-apa dokumen, rekod, manual, buku, bahan atau artikel lain yang disenggara oleh pengamal berdaftar dan boleh membuat salinan daripadanya atau cabutannya; atau (e) merampas apa-apa dokumen, rekod, manual, buku, bahan atau artikel lain yang diminta. (3) Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini hendaklah membawa bersamanya mana-mana individu dan peralatan yang dia berpendapat adalah perlu. (4) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau atas premis. (5) Apabila adalah perlu untuk menyebabkan seorang wanita diperiksa, pemeriksaan hendaklah dibuat oleh wanita lain dengan ketertiban sepenuhnya. (6) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika didapati perlu untuk membuat— (a) memecah buka apa-apa pintu luar atau dalam premis atau apa-apa pagar, litupan, pintu pagar atau halangan lain, untuk membolehkan kemasukan ke dalam premis; (b) mengalihkan dengan paksa apa-apa halangan untuk masuk, memeriksa, merampas dan mengalih sebagaimana dia diberi kuasa untuk berbuat demikian di bawah seksyen ini; dan (c) menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis sehingga pemeriksaan selesai. (7) Jika, atas sebab sifat, saiz atau jumlahnya, tidak boleh dilaksanakan pengalihan apa-apa bekas, bungkusan, kenderaan, buku, dokumen atau benda lain yang dirampas di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah menutup kenderaan, kontena atau premis yang di dalamnya bekas, bungkusan, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan dijumpai. (8) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengubah atau merosakkan penutup yang disebut dalam subseksyen (7) atau mengalih apa-apa bekas, bungkusan, kenderaan, buku, dokumen atau benda lain yang dirampas bawah penutup atau cuba untuk berbuat sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 775 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next