Traditional and Complementary Medicine Act 2016 s 60
s 60 Power to make regulations
(1) The Minister may make regulations for the further, better and more convenient carrying out the provisions of this Act.
(2) Without prejudice to the generality of subsection (1), the Minister may make regulations—
(a) to prescribe the form of scrutiny and oversight the practice of the recognized practice area;
(b) to prescribe the form and manner in which applications for registration and for annual practising certificates shall be made;
(c) to prescribe the amount of fees and charges to be payable by practitioners in respect of any matter specified in this Act;
(d) to prescribe the manner of displaying the practising certificate;
(e) to prescribe the information that should be published in the registers;
(f) to prescribe the amount to be paid to members of the Council, the Secretary and members of committees formed by the Council as an honorarium;
(g) to prescribe the process, procedure, eligibility requirements, documentation and conditions relating to the application for permission to use any medical device and to provide for any other matters as may be reasonably necessary for the use of any medical device;
(h) in relation to section 31, to prescribe the manner of reporting of any occurrence of any epidemic or other localized outbreaks of diseases, contagious diseases or any other illness, public health problems or any adverse reaction of patients to the traditional and complementary medicine services;
(i) to prescribe the form and nature of any undertaking that may be provided under this Act, the manner of enforcing such undertakings against the practitioner and the penalties for breach of such undertakings;
(j) to prescribe the manner and terms to be imposed for revoking any order issued under this Act and the conditions to be imposed as a result of such revocation;
(k) to prescribe the receipt of complaints or information touching any disciplinary matter that may be inquired into by the Council and the establishment of a Committee to be known as the Investigation Committee to make an investigation into complaints or information touching any disciplinary matter that may be inquired into by the Council and to determine whether or not there shall be an inquiry by the Council;
(l) to prescribe the procedure of any appeal to the Minister; and
(m) to provide for any other matters as are contemplated by, or necessary for giving full effect to the provisions of this Act.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk pelaksanaan selanjutnya, yang lebih baik dan mudah peruntukanperuntukan Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
(a) untuk menetapkan bentuk penelitian dan pengawasan yang hendak dijalankan berkenaan dengan pengamalan bidang amalan diiktiraf;
(b) untuk menetapkan bentuk dan cara bagaimana permohonan untuk pendaftaran dan untuk perakuan pengamalan tahunan hendaklah dibuat;
(c) untuk menetapkan jumlah yuran dan caj yang kena dibayar oleh pengamal berkenaan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Akta ini;
(d) untuk menetapkan cara bagi mempamerkan sijil perakuan pengamal;
(e) untuk menetapkan maklumat yang harus disiarkan dalam daftar;
(f) untuk menetapkan jumlah yang kena dibayar kepada anggota Majlis, Setiausaha dan anggota jawatankuasa yang dibentuk oleh Majlis sebagai bayaran sagu hati;
(g) untuk menetapkan proses, tatacara, syarat-syarat kelayakan, dokumentasi dan syarat-syarat yang berkaitan dengan permohonan bagi kebenaran untuk menggunakan apa-apa peranti perubatan dan untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang semunasabahnya perlu bagi penggunaan mana-mana peranti perubatan;
(h) berhubung dengan seksyen 31, untuk menetapkan cara melaporkan apa-apa kejadian kepada apa-apa wabak atau penularan penyakit setempat lain, penyakit berjangkit, atau penyakit lain, masalah kesihatan awam atau apa-apa kesan berbahaya kepada pesakit dari barangan atau perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari;
(i) untuk menetapkan bentuk dan sifat apa-apa akujanji yang diadakan di bawah Akta ini, cara menguatkuasakan akujanji terhadap pengamal dan penalti bagi kemungkiran akujanji itu;
(j) untuk menetapkan cara dan terma yang dikenakan untuk membatalkan mana-mana perintah yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan syarat-syarat yang dikenakan akibat pembatalan itu;
(k) untuk menetapkan penerimaan aduan atau maklumat mengenai apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis dan penubuhan Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Penyiasatan untuk membuat penyiasatan ke atas aduan atau maklumat mengenai apaapa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis dan untuk menentukan sama ada atau tidak suatu siasatan patut diadakan oleh Majlis;
(l) untuk menetapkan tatacara rayuan kepada Menteri; dan
(m) untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukanperuntukan Akta ini.
Read this section in the full act → · Open Part X →
Find Act 775 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).