My bookmarksSign up free
← Companies Act 2016

Companies Act 2016 Seventh Schedule

Companies Act 2016 Seventh Schedule

Seventh Schedule SEVENTH SCHEDULESupplementary

[Sections 394 and 401] POWERS AND DUTIES OF NOMINEE FOR CORPORATE VOLUNTARY ARRANGEMENT 1. During a moratorium, a nominee shall monitor the company’s affairs for the purpose of forming an opinion as to whether— (a) the proposed voluntary arrangement has a reasonable prospect of being approved and implemented; and (b) the company is likely to have sufficient funds available for the company during the proposed moratorium to enable the company to carry on its business. 2. The nominee may request from the directors or Official Receiver and the directors or Official Receiver shall submit to the nominee, any information necessary to enable the nominee to comply with paragraph 1. 3. The nominee is entitled to rely on information submitted to him under paragraph 2 in forming his opinion on matters required under paragraph 1 unless he has reason to doubt its accuracy. 4. The reference in subparagraph 1(b) to the company’s business is to that business as the company proposes to carry on during the moratorium. 5. The nominee shall withdraw his consent to act if, at any time during a moratorium— (a) he forms the opinion that— (i) the proposed voluntary arrangement no longer has a reasonable prospect of being approved or implemented; or (ii) the company will not have sufficient funds available for the company during the remainder of the moratorium to enable the company to carry on its business; (b) he becomes aware that, on the date of filing of documents under section 398, the company was not eligible for a moratorium; or (c) the directors or Official Receiver fail to comply with their duty under paragraph 2.

Malay text (authoritative)

JADUAL KETUJUH

[Seksyen 394 dan 401] KUASA DAN KEWAJIPAN PENAMA BAGI PERKIRAAN SUKARELA KORPORAT 1. Semasa moratorium, seseorang penama hendaklah memantau hal ehwal syarikat bagi maksud merumuskan pendapat mengenai sama ada— (a) perkiraan sukarela yang dicadangkan mempunyai peluang yang munasabah untuk diluluskan dan dilaksanakan; dan (b) syarikat berkemungkinan mempunyai dana mencukupi yang tersedia bagi syarikat sepanjang moratorium yang dicadangkan bagi membolehkan syarikat menjalankan perniagaannya. 2. Penama boleh meminta daripada pengarah atau Pegawai Penerima dan pengarah atau Pegawai Penerima hendaklah mengemukakan kepada penama, apa-apa maklumat yang perlu untuk membolehkan penama mematuhi perenggan 1. 3. Penama berhak untuk bergantung kepada maklumat yang dikemukakan kepadanya di bawah perenggan 2 dalam merumuskan pendapatnya mengenai perkara yang dikehendaki di bawah perenggan 1 melainkan jika dia mempunyai sebab untuk meragui ketepatan maklumat itu. 4. Sebutan dalam subperenggan 1(b) mengenai perniagaan syarikat ialah mengenai perniagaan itu sebagaimana yang dicadangkan oleh syarikat untuk dijalankan sepanjang moratorium. 5. Penama hendaklah menarik balik persetujuannya untuk bertindak jika, pada bila- bila masa sepanjang moratorium— (a) penama itu merumuskan pendapat bahawa— (i) perkiraan sukarela yang dicadangkan tidak lagi mempunyai peluang yang munasabah untuk diluluskan atau dilaksanakan; atau (ii) syarikat tidak akan mempunyai dana mencukupi yang tersedia bagi syarikat sepanjang moratorium yang selebihnya bagi membolehkan syarikat menjalankan perniagaannya; (b) penama itu menyedari bahawa, pada tarikh pemfailan dokumen di bawah seksyen 398, syarikat tidak layak bagi suatu moratorium; atau (c) pengarah atau Pegawai Penerima tidak mematuhi kewajipan mereka di bawah perenggan 2.

Read this section in the full act →

Find Act 777 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next