My bookmarksSign up free
← Companies Act 2016

Companies Act 2016 Eighth Schedule

Companies Act 2016 Eighth Schedule

Eighth Schedule EIGHTH SCHEDULESupplementary

[Section 398] MORATORIUM FOR CORPORATE VOLUNTARY ARRANGEMENT Eligibility for moratorium for corporate voluntary arrangement 1. A company is eligible for a moratorium for corporate voluntary arrangement proposed by directors if— (a) the company is a private company; (b) the company is not a licensed institution or operator of a designated payment system regulated under the laws enforced by the Central Bank of Malaysia; (c) the company is not a financial market institution under the Capital Markets and Services Act 2007; or (d) the company has not created a charge over its property or any of its undertaking. 2. A company is eligible for a moratorium for corporate voluntary arrangement proposed by judicial manager or liquidator if— (a) the company is being wound up; (b) the company is under a judicial management order; (c) the company is not a licensed institution or operator of a designated payment system regulated under the laws enforced by the Central Bank of Malaysia; or (d) the company is not a financial market institution under the Capital Markets and Services Act 2007. Duration and extension of moratorium 3. A moratorium shall remain in force for a period of twenty-eight days from the time it commences under paragraphs 1 and 2 but a meeting summoned under paragraph 4 may, subject to consent given by the nominee and members of the company, and obtaining seventy-five per centum majority in value of creditors who are present and voting either in person or by proxy at the meeting, extend this period for not more than sixty days. 4. At any meeting where it is proposed to extend the moratorium, before a decision is taken with respect to that proposal, the nominee shall inform the meeting of the actions he has taken in order to comply with his duty under the Seventh Schedule and the costs incurred as a result of his actions for the company, and of any plans he intends to do to continue to comply with that duty if the moratorium is extended and the expected costs of his actions for the company. 5. A moratorium shall end at the end of the day of the meeting summoned under section 399, unless it is extended under paragraph 3. 6. If a moratorium is extended under paragraph 3, it shall end at the end of the day to which it is extended. 7. If no meeting under paragraph 4 is summoned by the nominee within the period of twenty-eight days as required under paragraph 3, the moratorium ends at the last day of that period. 8. A moratorium shall come to an end if a nominee withdraws his consent to act under the Seventh Schedule. Notification of commencement of moratorium 9. The directors of a company or Official Receiver shall, within seven days after the commencement of a moratorium, notify the nominee of the commencement. 10. After being notified under paragraph 9, the nominee shall, within seven days of the commencement of the moratorium period— (a) notify the Registrar of the fact of the commencement of the moratorium; (b) notify the company and any petitioning creditor of the company of whose claim he is aware of the fact of the commencement of the moratorium; and (c) advertise the fact in the website of the Commission and in one widely circulated newspaper in Malaysia in the national language and one widely circulated newspaper in Malaysia in the English language. 11. For the purposes of this Schedule, “petitioning creditor” means a creditor by whom a winding up petition has been presented before the commencement of moratorium, as long as the petition has not been dismissed or withdrawn. Notification of end of moratorium 12. A nominee shall, within seven days after a moratorium comes to an end— (a) advertise the fact in the website of the Commission and in one widely circulated newspaper in Malaysia in the national language or one widely circulated newspaper in Malaysia in the English language; and (b) notify the Court, the Registrar, the company and any creditor of the company of whose claim he is aware, of the fact of the end of the moratorium. Moratorium committee 13. A meeting summoned under paragraph 4 to resolve that the period of moratorium be extended may, with the consent of the nominee, establish a moratorium committee to exercise the function conferred on it by the meeting. 14. The meeting under paragraph 13 shall approve an estimate of the expenses to be incurred by the committee in the exercise of the proposed functions. 15. Any expenses not exceeding the amount of the approved estimate under paragraph 14 incurred by the committee in the exercise of its functions shall be reimbursed by the nominee. 16. The committee shall cease to exist when the moratorium comes to an end. Effects of moratorium 17. During the period for which a moratorium is in force— (a) no petition may be presented for the winding up of the company; (b) no meeting of the company may be called or requisitioned except with the consent of the nominee or the leave of the Court and subject to, where the Court gives leave, such terms as the Court may impose; (c) no resolution may be passed or order may be made for the winding up of the company; (d) no application for judicial management order may be made against the company; (e) no judicial manager of the company may be appointed under Subdivision 2 of Division 8 of Part III; (f) no landlord or other person to whom rent is payable may exercise any right of forfeiture by peaceable re-entry in relation to premises let to the company in respect of a failure by the company to comply with any term or condition of its tenancy of such premises, except with the leave of the Court and subject to such terms as the Court may impose; (g) no other steps may be taken to impose any security over the company’s property, or to repossess goods in the company’s possession under any hire- purchase agreement, except with the leave of the Court and subject to such terms as the Court may impose; (h) no other proceedings and no execution or other legal process may be commenced or continued, and no distress may be levied, against the company or its property except with the leave of the Court and subject to such terms as the Court may impose; and (i) no steps shall be taken to transfer any share of the company or to alter the status of any member of the company except with the leave of the Court and, where the Court gives leave, subject to such terms as the Court may impose. Company invoices, orders for goods, etc. 18. At a time when a moratorium is in force in relation to a company, the nominee’s name and a statement that a moratorium is in force for the company shall appear on— (a) its business letters, notices and other official publications, including in electronic mediums; (b) its websites; (c) its bills of exchange, promissory notes, endorsements and order forms; (d) cheques purporting to be signed by or on behalf of the company; (e) orders invoices and other demands for payment, receipts and letter of credit purporting to be issued or signed by or on behalf of the company; and (f) all other forms of its business correspondence and documentation.

Malay text (authoritative)

JADUAL KELAPAN

[Seksyen 398] MORATORIUM BAGI PERKIRAAN SUKARELA KORPORAT Kelayakan untuk moratorium bagi perkiraan sukarela korporat 1. Suatu syarikat layak untuk moratorium bagi perkiraan sukarela korporat yang dicadangkan oleh pengarah jika— (a) syarikat itu merupakan suatu syarikat persendirian; (b) syarikat itu bukan suatu institusi berlesen atau pengendali sistem pembayaran ditetapkan yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia; (c) syarikat itu bukan suatu institusi pasaran kewangan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; atau (d) syarikat itu tidak mewujudkan suatu gadaian ke atas hartanya atau mana- mana pengusahaannya. 2. Suatu syarikat layak untuk moratorium bagi perkiraan sukarela korporat yang dicadangkan oleh pengurus kehakiman atau penyelesai jika— (a) syarikat itu digulung; (b) syarikat itu di bawah suatu perintah pengurusan kehakiman; (c) syarikat itu bukan suatu institusi berlesen atau pengendali sistem pembayaran ditetapkan yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia; atau (d) syarikat itu bukan suatu institusi pasaran kewangan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Tempoh dan pelanjutan moratorium 3. Suatu moratorium hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh dua puluh lapan hari dari masa moratorium itu bermula di bawah perenggan 1 dan 2 tetapi sesuatu mesyuarat yang dipanggil di bawah perenggan 4 boleh, tertakluk pada persetujuan yang diberikan oleh penama dan anggota syarikat, dan yang memperoleh tujuh puluh lima peratus majoriti daripada nilai pemiutang yang hadir dan mengundi sama ada dengan sendiri atau melalui proksi dalam mesyuarat, melanjutkan tempoh ini selama tidak lebih daripada enam puluh hari. 4. Dalam mana-mana mesyuarat jika dicadangkan untuk melanjutkan moratorium, sebelum keputusan dibuat berkenaan dengan cadangan itu, penama hendaklah memberitahu mesyuarat itu tentang tindakan yang diambilnya untuk mematuhi kewajipannya di bawah Jadual Ketujuh dan kos yang ditanggung akibat daripada tindakannya untuk syarikat, dan tentang apa-apa rancangan yang dia berniat untuk melakukan untuk terus mematuhi kewajipan itu jika moratorium dilanjutkan dan kos yang dijangkakan bagi tindakannya untuk syarikat. 5. Suatu moratorium hendaklah tamat pada akhir hari mesyuarat yang dipanggil di bawah seksyen 399, melainkan jika moratorium itu dilanjutkan di bawah perenggan 3. 6. Jika suatu moratorium dilanjutkan di bawah perenggan 3, moratorium itu hendaklah tamat pada akhir hari yang moratorium itu dilanjutkan. 7. Jika tiada mesyuarat di bawah perenggan 4 dipanggil oleh penama dalam tempoh dua puluh lapan hari sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 3, moratorium tamat pada hari terakhir dalam tempoh itu. 8. Suatu moratorium hendaklah berakhir jika penama menarik balik persetujuannya untuk bertindak di bawah Jadual Ketujuh. Pemberitahuan tentang permulaan moratorium 9. Pengarah sesuatu syarikat atau Pegawai Penerima hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas permulaan suatu moratorium, memberitahu penama tentang permulaan itu. 10. Selepas diberitahu di bawah perenggan (9), penama hendaklah, dalam masa tujuh hari dari pemulaan tempoh moratorium— (a) memberitahu Pendaftar tentang fakta permulaan moratorium itu; (b) memberitahu syarikat dan mana-mana pemiutang mempetisyen bagi syarikat yang tuntutannya diketahui penama itu tentang fakta permulaan moratorium itu; dan (c) mengiklankan fakta itu dalam laman sesawang Suruhanjaya dan dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris. 11. Bagi maksud Jadual ini, “pemiutang mempetisyen” ertinya pemiutang yang melaluinya suatu petisyen penggulungan dikemukakan sebelum permulaan moratorium, selagi petisyen itu tidak ditolak atau ditarik balik. Pemberitahuan tentang penamatan moratorium 12. Seseorang penama hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas sesuatu moratorium tamat— (a) mengiklankan fakta itu dalam laman sesawang Suruhanjaya dan dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris; dan (b) memberitahu Mahkamah, Pendaftar, syarikat dan mana-mana pemiutang syarikat yang tuntutannya diketahui penama itu, tentang fakta penamatan moratorium itu. Jawatankuasa moratorium 13. Suatu mesyuarat yang dipanggil di bawah perenggan 4 untuk memutuskan bahawa tempoh moratorium dilanjutkan boleh, dengan persetujuan penama, menubuhkan suatu jawatankuasa moratorium untuk menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh mesyuarat itu. 14. Mesyuarat di bawah perenggan 13 hendaklah meluluskan suatu anggaran perbelanjaan yang ditanggung oleh jawatankuasa dalam menjalankan fungsi yang dicadangkan. 15. Apa-apa perbelanjaan tidak melebihi amaun anggaran yang diluluskan di bawah perenggan 14 yang ditanggung oleh jawatankuasa dalam menjalankan fungsinya hendaklah dibayar ganti oleh penama. 16. Jawatankuasa hendaklah tidak lagi wujud apabila moratorium tamat. Kesan moratorium 17. Sepanjang tempoh sesuatu moratorium berkuat kuasa— (a) tiada petisyen boleh dikemukakan bagi penggulungan syarikat; (b) tiada mesyuarat syarikat boleh dipanggil atau diminta kecuali dengan persetujuan penama atau keizinan Mahkamah dan tertakluk pada, jika Mahkamah memberikan keizinan, apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah; (c) tiada ketetapan boleh diluluskan atau perintah dibuat bagi penggulungan syarikat; (d) tiada permohonan bagi perintah pengurusan kehakiman boleh dibuat terhadap syarikat; (e) tiada pengurus kehakiman bagi syarikat boleh dilantik di bawah Subpenggal 2 Penggal 8 Bahagian III; (f) tiada tuan punya atau orang lain yang kepadanya sewa kena dibayar boleh menjalankan apa-apa hak pelucuthakan dengan kemasukan semula secara aman berhubung dengan premis yang disewakan kepada syarikat berkenaan dengan kegagalan syarikat untuk mematuhi apa-apa terma atau syarat penyewaannya bagi premis itu, kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah; (g) tiada langkah lain boleh diambil untuk mengenakan apa-apa jaminan ke atas harta syarikat, atau untuk memiliki semula barang-barang dalam milikan syarikat di bawah apa-apa perjanjian sewa beli, kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah; (h) tiada prosiding lain dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang lain boleh dimulakan atau diteruskan, dan tiada distres boleh dikenakan, terhadap syarikat atau hartanya kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah; dan (i) tiada apa-apa jua langkah boleh diambil untuk memindahkan apa-apa syer syarikat atau untuk menukar status mana-mana anggota syarikat kecuali dengan keizinan Mahkamah dan, jika Mahkamah memberikan keizinan, tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah. Invois syarikat, pesanan barang, dsb. 18. Pada masa apabila sesuatu moratorium sedang berkuat kuasa berhubung dengan suatu syarikat, nama penama dan suatu pernyataan bahawa suatu moratorium sedang berkuat kuasa bagi syarikat itu hendaklah terdapat pada— (a) surat urusan, notis dan penerbitan rasminya yang lain, termasuk dalam media elektronik; (b) laman sesawangnya; (c) bil pertukaran, nota janji hutang, pengendorsan dan borang pesanannya; (d) cek yang berupa sebagai ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat; (e) pesanan, invois dan tuntutan lain bagi bayaran, resit dan surat kredit yang berupa sebagai dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat; dan (f) semua bentuk surat dan dokumentasi perniagaannya yang lain.

Read this section in the full act →

Find Act 777 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next