Companies Act 2016 Ninth Schedule
Ninth Schedule NINTH SCHEDULESupplementary
[Subsection 414(4)]
POWERS OF JUDICIAL MANAGER
The judicial manager may exercise all or any of the following powers:
(a) to take possession of, collect and get in the property of the company and, for that purpose, to take such proceedings as he seems expedient;
(b) to sell or otherwise dispose of the property of the company by public auction or private contract;
(c) to borrow money and grant security for the borrowing over the property of the company;
(d) to appoint a solicitor or accountant or other professionally qualified person to assist him in the performance of his functions;
(e) to bring or defend any action or other legal proceedings in the name and on behalf of the company;
(f) to refer to arbitration any question affecting the company;
(g) to effect and maintain insurances in respect of the business and property of the company;
(h) to use the company’s seal;
(i) to do all acts and to execute in the name and on behalf of the company any deed, receipt or other document;
(j) to draw, accept, make and endorse any bill of exchange or promissory note in the name and on behalf of the company;
(k) to appoint any agent to do any business which he is unable to do himself or which can more conveniently be done by an agent and to employ and dismiss employees;
(l) to do all such things, including the carrying out of works, as may be necessary for the realisation of the property of the company;
(m) to make any payment which is necessary or incidental to the performance of his functions;
(n) to carry on the business of the company;
(o) to establish subsidiaries of the company;
(p) to transfer to subsidiaries of the company the whole or any part of the business and property of the company;
(q) to grant or accept a surrender of a lease or tenancy of any of the property of the company, and to take a lease or tenancy of any property required or convenient for the business of the company;
(r) to make any arrangement or compromise on behalf of the company;
(s) to call up any uncalled capital of the company;
(t) to rank and claim in the bankruptcy, insolvency, sequestration or liquidation of any person indebted to the company and to receive dividends, and to accede to trust deeds for the creditors of any such person;
(u) to make or defend an application for the winding up of a company;
(v) to do all other things incidental to the exercise of the foregoing powers.
Malay text (authoritative)
JADUAL KESEMBILAN
[Subseksyen 414(4)]
KUASA PENGURUS KEHAKIMAN
Pengurus kehakiman boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa yang berikut:
(a) mengambil milikan, mengumpul dan mendapatkan harta syarikat dan, bagi maksud itu, menjalankan apa-apa prosiding sebagaimana yang didapatinya suai manfaat;
(b) menjual atau selainnya melupuskan harta syarikat melalui lelong awam atau kontrak persendirian;
(c) meminjam wang dan memberikan harta syarikat sebagai cagaran bagi pinjaman itu;
(d) melantik peguam atau akauntan atau orang lain yang berkelayakan secara profesional untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya;
(e) memulakan atau mempertahankan apa-apa tindakan atau prosiding undang- undang lain atas nama dan bagi pihak syarikat;
(f) merujuk kepada timbang tara apa-apa persoalan yang menyentuh syarikat;
(g) menguatkuasakan dan mengekalkan insurans berkenaan dengan perniagaan dan harta syarikat;
(h) menggunakan meterai syarikat;
(i) melakukan semua perbuatan dan menyempurnakan atas nama dan bagi pihak syarikat apa-apa surat ikatan, resit atau dokumen lain;
(j) mengeluarkan, menerima, membuat dan mengendors apa-apa bil pertukaran atau nota janji hutang atas nama dan bagi pihak syarikat;
(k) melantik mana-mana ejen untuk melakukan apa-apa urusan yang tidak dapat dilakukannya sendiri atau yang boleh dilakukan dengan lebih mudah oleh ejen dan untuk mengambil dan memberhentikan pekerja;
(l) melakukan segala perkara, termasuk menjalankan kerja, sebagaimana yang perlu bagi merealisasikan harta syarikat;
(m) membuat apa-apa bayaran yang perlu atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya;
(n) menjalankan perniagaan syarikat;
(o) menubuhkan subsidiari bagi syarikat;
(p) memindahkan kepada subsidiari syarikat keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan dan harta syarikat;
(q) memberikan atau menerima penyerahan pajakan atau penyewaan mana- mana harta syarikat, dan mengambil pajakan atau penyewaan mana-mana harta yang dikehendaki atau sesuai bagi perniagaan syarikat;
(r) membuat apa-apa perkiraan atau kompromi bagi pihak syarikat;
(s) memanggil mana-mana modal tidak dipanggil syarikat;
(t) memberikan keutamaan dan menuntut dalam kebankrapan, insolvensi, sekuestrasi atau penyelesaian mana-mana orang yang berhutang dengan syarikat dan menerima dividen, dan menyetujui surat ikatan amanah bagi pemiutang mana-mana orang itu;
(u) membuat atau mempertahankan sesuatu permohonan bagi penggulungan syarikat;
(v) melakukan segala benda lain yang bersampingan dengan pelaksanaan kuasa yang disebut terdahulu.
Read this section in the full act →
Find Act 777 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).