Interest Schemes Act 2016 s 15
s 15 Provision applicable to foreign schemes on reciprocity arrangement
(1) If, under—
(a) any law of a foreign country; or
(b) any regulatory or supervisory action taken by an authority or body in a foreign country,
a company offering a scheme is suspended, disqualified or restricted from administering a scheme in that country, the Minister may by notice served on a person connected with that country who is administering or intends to administer a scheme in Malaysia, suspend, disqualify or restrict the business of such person in a similar manner.
(2) The notice under subsection (1) may not be served unless—
(a) it is in the national interest; or
(b) the Minister has consulted the person concerned or, if expedient, a body representing the interest of the person to be affected.
(3) The notice shall—
(a) state the grounds on which it is given;
(b) identify the country to which the person is connected;
(c) specify the date on which such notice comes into force; and
(d) provide for a reasonable period to complete the performance of transactions entered into before the date on which the notice comes into force or for the termination of contracts of a continuing nature.
(4) The notice under subsection (1) may provide for the suspension, disqualification, restriction wholly or partly the administration of a scheme by a person and may provide for—
(a) the withdrawal of the registration or approval of a scheme in Malaysia;
(b) the disqualification of a person to register a scheme under this Act; or
(c) the restriction, wholly or partly, of a person in respect of the administration of a scheme.
(5) A notice which partly restricts the administration of a scheme may prohibit a person from—
(a) entering into transactions of a specified kind or entering into transactions in specified circumstances or to a specified extent;
(b) soliciting investments of a specified kind or from a specified person; or
(c) administering a scheme in a specified manner.
(6) For the purposes of this section, a person is connected with a foreign country, if—
(a) in the case of an individual, he is a national of or resident—
(i) in that country and administers a scheme from a principal place of business in that country or Malaysia; or
(ii) in Malaysia and administers a scheme from a principal place of business in that country; or
(b) in the case of a body corporate, it is incorporated or has a principal place of business—
(i) in that country or is controlled by a person connected with that country or Malaysia; or
(ii) in Malaysia or is controlled by a person connected with that country.
Malay text (authoritative)
Peruntukan yang terpakai bagi skim asing berdasarkan perkiraan kesalingan
(1) Jika, di bawah—
(a) mana-mana undang-undang suatu negara asing; atau
(b) mana-mana tindakan pengawalseliaan atau penyeliaan diambil oleh suatu pihak berkuasa atau badan di suatu negara asing,
suatu syarikat yang menawarkan skim telah digantung, hilang kelayakan atau disekat daripada mentadbir suatu skim di negara itu, Menteri boleh melalui notis yang disampaikan ke atas orang yang berkaitan dengan negara itu yang mentadbir atau berniat untuk mentadbir suatu skim di Malaysia, menggantung, menghilangkan kelayakan atau menyekat perniagaan orang itu mengikut cara yang serupa.
(2) Notis di bawah subseksyen (1) tidak boleh disampaikan melainkan jika—
(a) notis itu adalah demi kepentingan negara; atau
(b) Menteri telah berunding dengan orang yang berkaitan itu atau, jika wajar, suatu badan yang mewakili kepentingan orang yang terjejas.
(3) Notis itu hendaklah—
(a) menyatakan alasan notis itu diberikan;
(b) mengenal pasti negara di mana orang itu mempunyai kaitan;
(c) menyatakan tarikh notis itu mula berkuat kuasa; dan
(d) memberikan tempoh yang munasabah untuk melengkapkan pelaksanaan transaksi yang dibuat sebelum tarikh notis itu
mula berkuat kuasa atau bagi penamatan kontrak yang bersifat berterusan.
(4) Notis dalam subseksyen (1) boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan, kehilangan kelayakan, sekatan secara keseluruhan atau sebahagian daripada pentadbiran skim oleh seseorang dan boleh memperuntukkan bagi—
(a) penarikan balik pendaftaran atau kelulusan suatu skim di Malaysia;
(b) kehilangan kelayakan seseorang untuk mendaftarkan suatu skim di bawah Akta ini; atau
(c) sekatan, secara keseluruhan atau sebahagian, ke atas seseorang berkenaan dengan pentadbiran suatu skim.
(5) Suatu notis yang menyekat sebahagian daripada pentadbiran suatu skim boleh melarang seseorang daripada—
(a) membuat transaksi daripada jenis yang dinyatakan atau membuat transaksi mengikut keadaan yang dinyatakan atau sehingga takat yang dinyatakan;
(b) mencari pelaburan daripada jenis yang dinyatakan atau daripada orang yang dinyatakan; atau
(c) mentadbir suatu skim mengikut cara yang dinyatakan.
(6) Bagi maksud seksyen ini, seseorang mempunyai kaitan dengan suatu negara asing, jika—
(a) dalam hal seorang individu, dia ialah warganegara atau pemastautin—
(i) di negara itu dan mentadbir suatu skim dari tempat perniagaan utama negara itu atau di Malaysia; atau
(ii) di Malaysia dan mentadbir suatu skim dari tempat perniagaan utama negara itu; atau
(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan perbadanan itu diperbadankan atau mempunyai tempat perniagaan utama—
(i) di negara itu atau dikawal oleh seseorang yang ada kaitan dengan negara itu atau Malaysia; atau
(ii) di Malaysia atau dikawal oleh seseorang yang ada kaitan dengan negara itu.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 778 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).