(1) The companies registered under the Trust Companies Act 1949 [Act 100] or any other person approved by the Minister, shall be eligible to be appointed as trustees.
(2) Notwithstanding subsection (1), no person shall be eligible to be appointed as trustee, if—
(a) the person is directly or indirectly associated with the persons who have control over the management company; or
(b) the person is an adjudicated bankrupt.
(3) For the purposes of this section, unless the contrary is proved, a person is presumed to have control over the management company if the person is entitled to exercise or control the exercise of not less than twenty per centum of votes attached to the voting shares of the management company.
(4) If a trustee has been adjudicated bankrupt, the trustee shall no longer be eligible to act as a trustee and the management company shall immediately appoint a new trustee.
(5) A trustee who contravenes this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit.
Malay text (authoritative)
Kelayakan bagi pelantikan sebagai pemegang amanah
(1) Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Menteri, hendaklah layak dilantik sebagai pemegang amanah.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), tiada seorang pun layak untuk dilantik sebagai pemegang amanah, jika—
(a) orang itu secara langsung atau tidak langsung bersekutu dengan orang yang mempunyai kawalan ke atas syarikat pengurusan; atau
(b) orang itu telah dihukum bankrap.
(3) Bagi maksud seksyen ini, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, seseorang dianggap mempunyai kawalan ke atas syarikat pengurusan jika orang itu berhak untuk menjalankan atau mengawal
penjalanan tidak kurang daripada dua puluh peratus undian yang terikat dengan syer mengundi syarikat pengurusan itu.
(4) Jika seseorang pemegang amanah telah dihukum bankrap, pemegang amanah itu tidak lagi layak untuk bertindak sebagai pemegang amanah dan syarikat pengurusan hendaklah dengan sertamerta melantik pemegang amanah yang baharu.
(5) Seseorang pemegang amanah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).