Interest Schemes Act 2016 s 25
s 25 Liability of trustees
(1) Subject to this section, any provision contained—
(a) in a trust deed or a contractual agreement that is or at any time has been approved by the Registrar; or
(b) in any contract with the interest holders to which such a trust deed or contractual agreement relates,
shall be void so far as it would have the effect of exempting a trustee under the trust deed or contractual agreement from, or indemnifying a trustee against, liability for breach of trust where the trustee fails to show the degree of care and diligence required of a trustee.
(2) Subsection (1) shall not invalidate—
(a) any release otherwise validly given in respect of anything done or omitted to be done by a trustee before the giving of the release; or
(b) any provision enabling such a release to be given—
(i) on the approval of a majority of not less than seventy-five per centum of the interest holders to vote in person or by proxy at a meeting summoned for the purpose; and
(ii) with respect to specific acts or omissions or on the trustee ceasing to act.
Malay text (authoritative)
Liabiliti pemegang amanah
(1) Tertakluk kepada seksyen ini, apa-apa peruntukan yang terkandung—
(a) dalam suatu surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang telah atau pada bila-bila masa telah diluluskan oleh Pendaftar; atau
(b) dalam apa-apa kontrak dengan pemegang kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu,
hendaklah terbatal setakat yang peruntukan itu mempunyai kesan mengecualikan pemegang amanah di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual daripada, atau menanggung rugi pemegang amanah daripada, liabiliti bagi pelanggaran amanah jika pemegang amanah itu gagal menunjukkan tahap berjaga-jaga dan usaha wajar yang dikehendaki daripada seorang pemegang amanah.
(2) Subseksyen (1) tidak boleh membatalkan—
(a) apa-apa pelepasan selainnya yang diberikan secara sah berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh pemegang amanah sebelum memberikan pelepasan itu; atau
(b) mana-mana peruntukan yang membolehkan pelepasan sedemikian diberikan—
(i) atas persetujuan majoriti yang tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus pemegang kepentingan untuk mengundi secara sendiri atau melalui proksi dalam mesyuarat yang dipanggil bagi maksud itu; dan
(ii) berkenaan dengan tindakan atau peninggalan tertentu atau ke atas pemegang amanah yang berhenti daripada bertindak.
Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →
Find Act 778 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).