(1) The trustees may resign by giving three months’ written notice or such shorter period in accordance with the provisions of the trust deed or contractual agreement, as the case may be.
(2) The management company may remove the trustees by giving three months’ written notice to the trustees and the interest holders.
(3) The notice under subsection (2) shall be invalid if the removal is objected by at least fifty per centum of the interest holders.
(4) The interest holders may remove the trustees by giving three months’ notice to the trustee and the management company after the decision was made through a resolution of the meeting of the interest holders and agreed by not less than ten per centum of the interest holders present in person or by proxy.
(5) On the resignation or removal of the trustees, the management company shall appoint a new trustee by way of supplemental trust deed or supplemental contractual agreement.
(6) Notwithstanding subsection (5), a resignation or removal of the trustees shall not take effect unless a new trustee is appointed.
(7) The trustees shall, on the resignation or removal, within fourteen days from the date of appointment of a new trustee, vest the trust accounts to the new trustees and deliver all books, documents, records and other property relating to the scheme to the new trustees.
(8) The cost and incidental expenses incurred under subsection (7) shall be borne by the management company.
(9) Upon the execution of the supplemental trust deed or supplemental contractual agreement, the new trustees shall exercise all powers, duties and obligations in respect of the scheme.
Malay text (authoritative)
Peletakan jawatan dan pemecatan pemegang amanah
(1) Pemegang amanah boleh meletakkan jawatan dengan memberikan tiga bulan notis bertulis atau apa-apa tempoh yang lebih pendek mengikut peruntukan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Syarikat pengurusan boleh memecat pemegang amanah dengan memberikan tiga bulan notis bertulis kepada pemegang amanah dan pemegang kepentingan.
(3) Notis di bawah subseksyen (2) menjadi tidak sah jika pemecatan itu dibantah oleh sekurang-kurangnya lima puluh peratus pemegang kepentingan.
(4) Pemegang kepentingan boleh memecat pemegang amanah dengan memberikan tiga bulan notis kepada pemegang amanah dan syarikat pengurusan selepas keputusan dibuat melalui ketetapan
mesyuarat pemegang kepentingan dan dipersetujui oleh tidak kurang daripada sepuluh peratus pemegang kepentingan yang hadir secara sendiri atau oleh proksi.
(5) Apabila pemegang amanah meletakkan jawatan atau dipecat, syarikat pengurusan itu hendaklah melantik pemegang amanah yang baharu melalui surat ikatan tambahan atau perjanjian kontraktual tambahan.
(6) Walau apa pun subseksyen (5), peletakan jawatan atau pemecatan pemegang amanah tidak berkuat kuasa melainkan jika pemegang amanah yang baharu dilantik.
(7) Pemegang amanah hendaklah, setelah meletakkan jawatan atau dipecat, dalam masa empat belas hari dari tarikh pelantikan pemegang amanah yang baharu, meletak hak akaun amanah ke atas pemegang amanah baharu dan menghantar semua buku, dokumen, rekod dan harta lain yang berhubungan dengan skim itu kepada pemegang amanah baharu.
(8) Kos dan perbelanjaan sampingan yang dilakukan di bawah subseksyen (7) hendaklah ditanggung oleh syarikat pengurusan.
(9) Setelah surat ikatan amanah tambahan atau perjanjian kontraktual tambahan diselesaikan, pemegang amanah baharu hendaklah melaksanakan semua kuasa, kewajipan dan obligasi berkenaan dengan skim itu.
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).